Endrick dos Santos Contoh Naturalisasi Paling Berbaloi Buat Malaysia

Pemain tonggak Harimau Malaya, Endrick dos Santos boleh dianggap sebagai contoh naturalisasi yang sangat berkualiti untuk terus memperkuatkan pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Nama Endrick bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak dalam negara apabila beliau sudah pun bersinar bersama Felcra FC pada suatu ketika sebelum menyarung jersi Selangor.

Perkembangan pemain dari Brazil ini terus menjadi perhatian ramai selepas perancanh tengah ini membuktikan kualitinya bersama Penang sebelum menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada awal tahun lalu, Endrick sah didaftarkan selaku pemain naturalisasi terbaharu buat Malaysia dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak cukup besar di posisi tengah serta serangan negara.

Paling mencuri tumpuan, pastinya pada aksi terbaharu Malaysia apabila beliau boleh dikatakan berada di sekitar padang untuk terus memastikan penguasaan bola menjadi milik Harimau Malaya.

Endrick diletakkan selaku pemain utama ketika Harimau Malaya menghadapi cabaran Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bawah kendalian Kim Pan-gon.

Ketika skuad kebangsaan dianggap tiada peluang ketika menentang Kyrgyzstan, tampil Endrick membuktikan segalanya masih lagi mampu dilaksanakan menerusi kreativitinya bersama rakan serangan lain untuk cuba mendapatkan gol.

Hasilnya, satu hantaran berkualiti daripada Endrick berjaya memastikan Malaysia kembali mengikat tuan rumah daripada ketinggalan apabila kapten Kyrgyzstan sendiri iaitu Valerii Kichi tertampan ke gawang sendiri sekali gus meletakkan keputusan 1-1.

Malah, pada aksi-aksi lain juga menyaksikan Endrick konsisten dalam setiap perlawanan dan membentuk kombinasi terbaik bersama Paulo Josue selaku perancang serangan Malaysia.

Setakat sembilan perlawanan diturunkan, Endrick telah pun diletakkan pada beberapa posisi serta menghasilkan dua bantuan gol buat Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Endrick sebenarnya boleh menjadi salah satu contoh terbaik selaku status naturalisasi dengan kualiti permainan ditampilkan sangat baik serta hadir pada usia bawah 30 tahun untuk menjadikan dirinya mampu memberi sumbangan lebih lama buat skuad kebangsaan.

Selain Endrick, kualiti Josue juga antara perlu diberi pujian kerana pengalaman, ketenangan, serta impak diberikannya jelas masih ditagih kini walaupun semakin meningkat daripada segi usia.

Pada pandangan anda, siapa lagi calon pemain yang layak untuk dijadikan status naturalisasi pada masa hadapan negara jika dilihat daripada segi kualiti demi membantu Harimau Malaya?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN