Daripada Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Kini Tular Dalam Filem ‘Agak Laen’

Siapa sangka, daripada salah satu watak paling lucu dan menyakinkan dalam filem komedi seram Indonesia iaitu Agak Laen, rupa-rupanya ‘beliau’ ini merupakan salah seorang pemain bola sepak profesional suatu ketika.

Oki Rengga Winata mungkin boleh dianggap sebagai salah seorang individu yang sangat bertuah di Indonesia, apabila tindakan beliau untuk terjun daripada bidang bola sepak profesional kepada industri hiburan jelas sangat berbaloi.

Tiada siapa menyangka watak Oki dalam filem tersebut yang ditampilkan beliau itu kini terus melonjakkan namanya kini di Malaysia dalam kalangan peminat industri perfileman.

Menerusi karakter beliau selaku Oki dalam filem tersebut, ramai mengakui dirinya tampil sangat berbakat selaku pelawak serta pelakon selain bijak bermain emosi pada penghujung cerita tersebut.

Namun, tidak ramai yang mengetahui Oki sebelum ini merupakan penjaga gol profesional yang sudah pun beraksi bersama pelbagai kelab sebelum dirinya sah bersara pada musim 2017 di Indonesia.

Sebelum menyertai industri hiburan selaku seorang pelawak, Oki sebenarnya memulakan karier beliau Sekolah Sepak Bola (SSB) di kampung halamannya sebelum melangkah lebih jauh.

Tidak lama selepas itu, bakat Oki semakin dikenali sehingga dirinya ditandatangani PPLP Sumut serta Poslab Labuhan Ratu selaku penjaga gol.

Musim 2009, detik gemilang Oki akhirnya tiba apabila beliau buat pertama kali menandatangani kontrak bersama pasukan profesional di Indonesia iaitu PSDSD Deli Serdang.

Pada tahun berikutnya, Oki beralih arah untuk menyertai saingan Liga Premier Indonesia bersama Medan Chiefs serta Pro Titan bagi musim 2011.

Untuk saingan musim 2012, Oki kembali ke kampung halamannya untuk menyarung jersi PSMS Medan yang ketika itu posisi penjaga gol pasukan tersebut turut diisi oleh pemain kebangsaan Sang Garuda, Markus Haris Maulana.

Oki pernah beraksi untuk beberapa kelab profesional di Indonesia sebelum ini

Individu berusia 33 tahun itu menamatkan karier profesional beliau pada tahun 2017 selepas kelab terakhir diwakili Oki ialah Pro Duta sebelum dirinya mengembangkan bakat dalam industri hiburan.

Sebenarnya, beliau sudah pun perlahan-lahan menceburi bidang Stand Up Comedy pada tahun 2014 dan menyertai komuniti tersebut untuk lebih menyelami dunia komedi.

Nama beliau terus menjadi sebutan ramai pada tahun 2016, selepas beliau mengikuti uji bakat Stand Up Comedy Academy (SUCA) di Medan serta berjaya melangkah ke final selaku tiga peserta terbaik menerusi perkongsian Tribun Jabar.

Ketika ini, filem Agak Laen boleh dilihat menerusi aplikasi Netfix dan sisi lakonan Oki bersama watak-watak lain mampu menghiburkan hati anda sekeluarga bersama nilai-nilai murni turut diselitkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN