Walaupun berdepan ketidaktentuan mengenai masa depan pengendalinya, Pulau Pinang dilihat masih berjaya mengekalkan empat tonggak utama pasukan.
Menurut wartawaran Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Pulau Pinang telah berjaya mengekalkan trio Brazil, iaitu penyerang yang juga merupakan penjaring terbanyak Liga Premier 2020, Casagrande, Endrick dos Santos dan pertahanan, Rafael Vitor.
Ketiga-tiga pemain ini telah memainkan peranan penting dalam menjayakan misi Pulau Pinang untuk kembali ke saingan Liga Super musim depan. Ini merupakan kali pertama Pulau Pinang mengekalkan hampir semua pemain import mereka, selepas hanya mengekalkan Casagrande untuk saingan Liga Premier musim ini.
Trio Brazil Endrick Dos Santos, Casagrande dan Rafael Vitor difahamkan sudah menandatangani kontrak baru bersama Pulau Pinang.
Manakala, Lee Chang Hoon tidak dikekalkan dan mahu pulang ke Korea walaupun ada menerima tawaran beberapa pasukan Liga Malaysia.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 20, 2020
Untuk dua musim, Casagrande menjadi nadi penting buat skuad Pulau Mutiara itu dalam merobek gawang lawan dan telah meledak 17 gol dalam 19 penampilan.
Menggunakan set pemain import baharu, Pulau Pinang sekali lagi meraih tiket promosi ke liga utama di Malaysia itu selepas dinafikan pada musim sebelum itu, akibat masalah tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo.
Mungkin atas kecemerlangan mereka, pengurusan Harimau Kumbang mengekalkan mereka kecuali pemain tengah, Lee Chang-hoon yang turut sama cemerlang pada musim ini. Dikhabarkan beliau mahu kembali ke negaranya, Korea Selatan selepas ini.
Pulau Pinang menunjukkan minat untuk menandatangani pemain antarabangsa Singapura Anumanthan Mohan Kumar, yang juga mendapat perhatian kelab-kelab di Thailand. Pemain tengah Hougang United tersebut telah memenangi 19 caps dengan negaranya. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 19, 2020
Pengganti Lee Chang-hoon dikatakan sedang giat diintai pengurusan pasukan dengan nama pemain Singapura, Anumanthan Mohan Kumar dilihat sedang dipertimbangkan. Pemain itu kini bermain untuk kelab Hougang United di S-League (kini Singapore Premier Laegue) dan pernah dinobat pemain muda terbaik S-League 2016.
Selain itu, sebagaimana yang diinginkan pemain itu sendiri, Pulau Pinang dikatakan sudah berjaya mengekalkan penjaga gol utama, Samuel Somerville yang telah merekodkan empat cleansheet dalam 11 perlawanan liga – terbanyak di Liga Premier.
Ini menjadikan, mereka berjaya mengekalkan empat tonggak terbaik untuk membarisi skuad yang bakal beraksi di Liga Super 2021. Walaubagaimanapun, status pengendali, Manzoor Azwira masih menjadi tanda tanya, sama ada akan kekal ataupun tidak.
KREDIT FEATURED IMAGE: FA PENANG
Baca lagi artikel mengenai Pulau Pinang dan Casagrande:
Azmi Muslim Tak Mahu Pulau Pinang Sekadar Jadi Pasukan Pelengkap Liga Super 2021
Casagrande Kekal ‘Haria’ Bersama Harimau Kumbang, Buru Promosi Ke Liga Super
Manzoor Azwira: Terima Kasih, Inilah Hadiah Istimewa Kepada Para Penyokong