Kuala Lumpur City (KL City) mula memperkenalkan beberapa barisan pemain baharu mereka sebagai persediaan baharu untuk persaingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.
Tampil dengan beberapa import baharu diperkenalkan, jelas KL City mempunyai misi mereka tersendiri untuk menjadi antara pasukan pencabar terkuat buat semua kelab lain yang bertanding.
2021 was great. 2022 has been amazing. We go again in 2023!
Thank you so much for the ongoing support throughout this year. We are counting on your support next year! #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/gzmF3uOnhU
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) December 31, 2022
Sehingga kini, KL City sudah pun mengikat empat tonggak import baharu mereka dengan Romel Morales terus dikekalkan pasukan tersebut untuk musim ini.
Herlison Caion, Tchetche Kipre, dan Patrick Reichelt sah menyertai KL City dan bakal membentuk kombinasi serangan baharu pasukan tersebut bawah seliaan Bojan Hodak.
Persoalan mula terarah kepada penyerang masa depan negara yang kini dilihat semakin meningkat naik iaitu Haqimi Azim Rosli bersama KL City.
Umum diketahui Haqimi telah pun mencipta nama musim lalu bersama KL City ketika jaringan sulung beliau sewaktu berdepan Sri Pahang dalam saingan Liga Super telah melonjakkan namanya.
Seja Bem Vindo!
The grass IS greener on the other side 😉 #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/oTDNjUctTs
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 11, 2023
Musim lalu menyaksikan Haqimi telah pun mencipta 18 penampilan bersama pasukan tersebut termasuk ketika saingan Piala AFC dan menjaringkan dua gol secara keseluruhan.
Walaupun tidak banyak gol dihasilkan, pemain muda tersebut jelas memberi impak tersendiri di posisi serangan menerusi kreativiti hantaran, serta tenang di hadapan gol.
Kecemerlangan Haqimi diteruskan, setelah aksinya dalam kem kebangsaan memikat Kim Pan-gon untuk menyenaraikan nama beliau bersama Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF.
All the best and good luck to our very own, Haqimi Azim for being selected in the 23-man Harimau Malaya squad ahead of the AFF Mitsubishi Electric Cup 2022! 🔴⚪️#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/fEQJRFSTSZ
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) December 17, 2022
Bersama Harimau Malaya, Haqimi jelas menggunakan peluang tersebut untuk menimba pengalaman berguna bersama pemain senior lain di bahagian serangan.
Hasilnya, pemain muda itu berjaya mendapatkan jaringan sulung beliau di pentas antarabangsa ketika Malaysia berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Ketika negara dilihat ketandusan di posisi serangan dan lebih bergantung kepada Darren Lok, hadirnya Haqimi untuk menjadi pelapis skuad kebangsaan pada masa hadapan.
Walaupun begitu, kerisauan mula terbit ketika ini dengan melihat keadaan semasa pemain tinggi lampai itu bersama KL City.
Debut delight for Haqimi 🔥#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvLAO pic.twitter.com/Asfj7iTlgM
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 24, 2022
Ini kerana, KL City telah pun menyenaraikan lebih ramai pemain import di posisi serangan dan peluang untuk Haqimi menembusi kesebelasan utama atau beraksi lebih kerap mungkin sedikit terjejas.
Menjadi suatu tanggungjawab baharu untuk Bojan Hodak dalam mengendalikan barisan pemain beliau musim hadapan, dan membei lebih banyak peluang buat Haqimi.
Malaysia yang akan beraksi di pentas Piala Asia selepas ini pastinya menjadi sasaran baharu buat Haqimi untuk cuba mencuri hati Pan-gon dan terus menaikkan nama beliau selaku salah satu tonggak penting di bahagian serangan.
31' GOL | Pemain muda berusia 19 tahun, Haqimi Azim Rosli menjaringkan gol pendahuluan KL City!@OfficialPahang 0-1 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qPTjiJWPrN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 11, 2022
Kini, segalanya terserah buat Haqimi untuk terus melipatgandakan usaha beliau dalam sesi latihan bagi terus tampil konsisten selaku salah seorang pilihan utama serangan KL City.