Antara Astro, RTM Dan Unifi, Mana Satu Pilihan Penonton Untuk Hak Penyiaran Liga Malaysia?

Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air telah disajikan dengan siaran langsung menerusi saluran aplikasi Youtube melalui Unifi, dan sesiapa sahaja dapat menonton perlawanan melibatkan pasukan kesukaan mereka secara percuma.

Namun begitu, terdapat desas-desus mengatakan musim ini saluran sukan terkenal di Malaysia, Astro Arena akan mendapat hak penyiaran tersebut.

https://twitter.com/afiqshari/status/1613359545610567683?s=46&t=GjW4-Ut0pvNKUS8t60PQ_g

Jika sebelum ini kita ada beberapa pilihan seperti Radio Television Malaysia (RTM), dan Unifi selain Media Prima kadang kala juga turut menyiarkan beberapa perlawanan tumpuan.

Persoalannya, peminat di Malaysia meminati saluran mana? Apakah mereka merindui Astro Arena atau ingin terus menikmati saluran mudah diakses seperti Youtube dan RTM?

Kali terakhir Astro Arena membuat liputan bola sepak Liga Malaysia adalah ketika zaman Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang dan selepas itu, mereka tidak lagi mengambil hak penyiaran Liga Malaysia.

Ramai peminat menyeru agar mereka kembali menjadi sebahagian penyiar rasmi untuk liga kerana reputasi yang ada dan memberi fokus sepenuhnya mengenai sukan, sekali gus ia pasti dapat meningkatkan lagi imej liga bola sepak di Malaysia.

Selain itu, ia juga dapat menyiarkan lebih banyak maklumat berkenaan sesebuah pasukan kerana mereka mempunyai slot tersendiri di Astro Arena.

Secara tidak langsung, bila ada slot khas membincangkan mengenai pasukan yang bertanding dan tetamu yang hadir juga merupakan bekas pemain atau jurulatih, sudah pasti makin banyak info dan input dapat kita peroleh.

Cuma yang menjadi masalah utama kini adalah tidak semua orang dapat menikmati siaran langsung di Astro Arena kerana sebahagian besar tidak melanggani siaran tersebut.

Situasi berlainan pula jika RTM atau Unifi yang mengambil alih seperti tahun sebelum ini kerana ia merupakan saluran percuma untuk rakyat Malaysia.

Paling mudah adalah RTM. Di mana sahaja mereka tinggal, semua orang dapat menonton siaran langsung tersebut tanpa perlu memikirkan masalah lain.

Tetapi untuk saluran RTM, mereka hanya boleh menonton perlawanan tertentu sahaja dan tidak dapat liputan menyeluruh seperti Astro Arena.

Jika Unifi, biarpun ia percuma namun memerlukan kelajuan internet untuk menonton, apatah lagi jika yang tinggal di kawasan yang mengalami gangguan untuk mengaksesnya. Sudah pasti peminat setia tidak dapat menonton dengan lancar.

Lebih menyeronokkan, penonton boleh memilih untuk menyaksikan sendiri perlawanan mana mereka gemari dan boleh melihat lebih daripada satu perlawanan pada masa yang sama.

Liga Super akan membuka tirai pada 24 Februari yakni bulan hadapan. Kurang sebulan dari sekarang dan pasukan yang bertanding pun kini giat melakukan persiapan bagi menghadapi musim baharu.

Jadi, peminat setia bola sepak di Malaysia lebih berminat siaran langsung disiarkan di saluran mana?

Adakah RTM dan Unifi? Atau Astro Arena?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN