Empat Pemain Termasuk Luqman Hakim Terbang Ke Jepun

Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan Luqman Hakim Shamsudin telah mula menjalani latihan bersama kelab divisyen 1 Liga Jepun (J1), Cerezo Osaka bermula hari ini sehingga 13 September.

Turut sama menyertai penyerang prolifik skuad remaja negara itu ke Osaka adalah tiga pemain lain iaitu Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari.

Prestasi memukau Luqman Hakim semasa kejohanan Piala Sanix 2019 yang berlangsung pada bulan Mac lepas telah menarik minat beberapa kelab Jepun untuk menguji pemain muda negara itu bagi menjalani latihan bersama kelab mereka.

Khabar angin mengenai minat yang ditunjukkan oleh Cerezo Osaka untuk menguji pemain berasal dari Kota Bharu itu telah pun bermula sejak April lepas sejurus sahaja Piala Sanix berakhir di mana Luqman telah disenaraikan sebagai Kesebelasan Utama Terbaik dalam kejohanan itu.

Selamat Maju Jaya dan Sayonara Buat Empat Pemain Ke Jepun

Empat pemain muda negara berlepas ke Jepun malam ini,…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, September 1, 2019

Pada bulan lepas, Menteri Beliau dan Sukan telah membuat pengesahan bahawa kelab Jepun itu sudah pun membuat jemputan rasmi melalui pihak FAM untuk membawa Luqman terbang ke Jepun bagi menjalani latihan dan sesi percubaan bersama mereka

Selepas dua minggu di Osaka, Luqman akan ke JFA Academy dan FC Tokyo pula pada bulan Oktober depan bersama dua pemain lain iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalinggam, kepada wartawan Berita Harian, nama-nama tersebut dipilih berdasarkan prestasi pemain-pemain berkenaan yang sentiasa dipantau oleh badan induk itu dengan kerjasama Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasakan diri dengan corak latihan dan permainan.

“Mereka juga bakal didedahkan dengan cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang,” tambah Stuart lagi.

Sebagai rekod, kelibat Luqman Hakim sering menjadi perhatian pelbagai pihak. Permulaannya adalah ketika beliau muncul selaku penjaring terbanyak dan membawa skuad B-13 NFDP menjuarai Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada tahun 2015.

Kemudian Luqman Hakim sekali lagi menjadi penjaring terbanyak bagi Kejuaraan B-16 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2018 dan meneruskan kecemerlangannya membantu skuad Harimau Muda di kejohanan Piala AFF B-19 di Vietnam pada bulan lepas dengan muncul selaku naib juara selepas tewas 1-0 kepada Australia di perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN