Empat Pemain Malaysia B-22 Terlepas ‘Tiket’ Ke Thailand Untuk Aksi Persahabatan

Ketua jurulatih skuad bawah 22 kebangsaan (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengesahkan empat pemainnya terpaksa digugurkan dan tidak akan dibawa ke Thailand untuk aksi persahabatan yang bermula pada hari esok.

Beliau menjelaskan empat pemain tersebut mengalami kecederaan dan dia terpaksa memanggil seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang dibawa ke Bangkok.

“Tiga pemain digugurkan kerana kecederaan iaitu Izzan Syahmi Mustapa dan Arisdius Jais serta Ariff Ar Rasyid Ariffin yang masih belum pulih daripada demam.

“Seorang lagi pemain yang ketika ini sudah berada di Bangkok iaitu Faisal Halim dilaporkan turut mengalami kecederaan.

“Jadi, saya akan memanggil seorang lagi pemain sama ada dari Kelantan ataupun Kedah,” katanya dalam Berita Harian.

Skuad bawah 22 tahun negara sudah mula menjalani latihan pusat sejak minggu lepas. FOTO: FAM

Semalam, anak buah Ong Kim Swee tewas 1-0 di tangan pendatang baharu Liga Super 2019, MIFA FC di Stadium Universiti Sains Islam, Nilai. Gol lawan dijaringkan menerusi sepakan penalti Pedro Henrique pada minit ke-12.

Mengulas mengenai prestasi pemainnya dalam perlawanan itu, Kim Swee mengakui berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan pada masa yang sama dapat mengenalpasti beberapa kelemahan di bahagian tertentu.

“Menerusi aksi persahabatan menentang MIFA semalam, saya dapat menguji beberapa kombinasi dan saya berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan pemain.

“Kita ada tiga perlawanan lagi di Bangkok bagi membolehkan saya menilai dengan teliti barisan pemain saya dengan menentang pasukan lebih baik. Apa yang penting, beberapa kombinasi akan diuji lagi di Bangkok nanti.

“Masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki namun kombinasi di bahagian tengah amat baik terutamanya pada babak pertama menerusi gandingan Muhammad Daniel Amier Norhisham dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

“Pada babak kedua, kita dapat lihat pemain seperti Mohd Fadzrul Daniel, Muhammad Danial Haqim dan Muhammad Zahril Azri turut menunjukkan prestasi baik,” katanya.

Di Thailand, mereka dijadualkan bertemu kelab divisyen 2 Thailand, Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN