Empat Bekas Bintang Man United Yang Kini Berstatus Bebas

Terdapat empat bekas pemain Manchester United yang kini sudah pun berstatus bebas dengan mereka benar-benar bergelut untuk mendapatkan kelab baru.

Mana-mana pemain yang sebelum itu pernah menyarung jersi Manchester United, tentu saja mereka bakal menjadi tumpuan peminat dan media.

Mereka akan sering diperhatikan walau sudah bersama kelab baru dan perjalanan karier mereka tentu saja diikuti kerana ramai yang berminat untuk mengetahui tentang hal tersebut.

Ada antara mereka yang berjaya bersinar di luar seperti Angel Di Maria bersama Paris Saint-Germain, dan ada juga yang merudum seperti Paul Pogba kini di Juventus.

Apa yang lebih parah lagi, ada beberapa bekas bintang Manchester United, yang kini sedang bergelut untuk mendapatkan kelab baru walaupun mereka sebenarnya masih boleh beraksi di pentas tertinggi.

Masih tidak pasti apa alasan sebenarnya tentang mengapa pemain-pemain ini masih belum mendapatkan kelab walau musim baru sudah bermula.

Mungkin kerana gagal untuk mendapatkan tawaran seperti yang diharapkan, atau mungkin saja memang tiada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

https://twitter.com/UtdEra_/status/1710353275554324539?t=q10RGYpD_KU0s8UkUuni_g&s=19

Berikut merupakan empat bekas pemain Manchester United yang sehingga kini masih berstatus bebas dan menunggu tawaran untuk kembali bermain.

1)David de Gea

Antara nama yang paling menarik untuk dibahaskan adalah bekas nadi penting skuad Man United sendiri, David de Gea yang kini masih lagi belum menemui kelab baru.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan wira kelab dan sudah berkhidmat selama lebih sedekad bersama gergasi England itu.

Beliau berjaya memenangi anugerah Premier League Golden Glove pada musim lalu selepas menjadi penjaga gol yang paling banyak mencatatkan clean sheets.

Walau memiliki reputasi yang sungguh menakjubkan, namun sehingga hari ini beliau masih gagal untuk mendapatkan kelab baru dan masih tidak pasti apa puncanya.

Agak mustahil untuk tidak ada kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat beliau kerana semua orang jelas sekali tahu akan kemampuannya.

Melihat bagaimana kelab-kelab dari Arab Saudi memborong pemain-pemain bintang di Eropah, agak mengejutkan juga untuk melihat mereka tidak berusaha untuk mendapatkan De Gea.

Kelab-kelab dari Arab Saudi juga jelas sekali sangat mampu untuk menawarkan kontrak setimpal kepada De Gea kerana mungkin gaji akan menjadi faktor penting dalam membantu penjaga gol itu menentukan masa depannya.

Ya, agak aneh sekali untuk melihat De Gea menjadi pemain berstatus bebas pada ketika ini dan tak pasti sampai bila beliau akan terus bertahan dengan status tersebut.

2)Jesse Lingard

Selepas berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama West Ham sebelum ini, ramai peminat yang percaya masa depan Lingard akan kembali bersinar.

Walau bagaimanapun, perjalanan karier pemain midfield itu tak berjalan seperti yang diharapkan dengan kariernya beliau sepertinya semakin merosot.

Lingard kini masih lagi berstatus bebas dan tiada khabar angin sama sekali yang mengaitkan beliau dengan mana-mana kelab pada ketika ini.

Pemain kebangsaan England itu turut sempat beraksi bersama Nottingham Forest selama satu musim sebagai pemain pinjaman, namun malangnya ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Beliau kini menjadi pemain berstatus bebas dan mungkin saja sama seperti De Gea, masalah gaji menyebabkan Lingard sukar untuk mendapatkan kelab baru.

Tidak mengejutkan andai kelab-kelab tak berminat untuk mendapatkan khidmat Jesse Lingard kerana mereka tak sanggup membayar gajinya yang tinggi.

Seandainya beliau sanggup menerima gaji yang rendah, tak mustahil akan ada kelab-kelab pertengahan dalam saingan Premier League yang akan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

3)Phil Jones

Pada suatu ketika dahulu, Phil Jones sempat dianggap sebagai antara calon pemain pertahanan Inggeris terhebat sepanjang zaman.

Bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers itu pernah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika awal kariernya dahulu.

Melihat kepada hal tersebut, ramai percaya yang beliau bakal menjadi pemain pertahanan paling digeruni dalam saingan Premier League untuk tempoh yang panjang.

Namun begitu, masalah kecederaan dan aksi tidak menentu yang dipamerkan telah menyebabkan beliau tidak mendapat tempat di Old Trafford.

Beberapa tahun terakhir beliau bersama Manchester United, Jones sangat-sangat jarang mendapat minit permainan dan beliau lebih kerap menjadi penghuni di bilik rawatan.

Walau beliau jarang bermain, namun ketika Jones bergelar pemain berstatus bebas, ramai peminat percaya yang beliau bakal menemui kelab baru.

Bahkan masih ada yang beranggapan bahawa Jones masih mampu untuk berikan yang terbaik jika beliau diberi kesempatan untuk beraksi lagi dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Jones masih belum menemui kelab baru dan masih tidak jelas sama ada akan ada kelab mahu mendapatkan khidmatnya atau tidak selepas ini.

Rekod kecederaan beliau mungkin menjadi faktor utama tentang mengapa beliau masih belum menemui kelab terbarunya pada ketika ini.

4)Josh Harrop

Selepas menjaringkan gol ketika debutnya dalam saingan Premier League pada musim 2016/17 yang lalu, ramai yang percaya bahawa Josh Harrop bakal menjadi bintang besar pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, beliau jelas sekali gagal untuk menepati ramalan tersebut dengan beliau tidak lagi membuat penampilan bersama Man United selepas debutnya yang gemilang itu.

Beliau tidak disenaraikan dalam senarai skuad utama Man United lagi dan setahun selepas itu beliau telah menyertai kelab dari saingan Championship, Preston North End.

Beliau masih gagal untuk membuktikan sesuatu selepas Harrop hanya mampu menjaringkan 4 gol sahaja dari 39 penampilannya bersama kelab.

Musim berikutnya, beliau berjaya memperbaiki rekodnya bersama kelab selepas cemerlang menjaringkan lapan gol dari 36 penampilan sepanjang musim tersebut.

Walau menunjukkan peningkatan, Harrop telah dipinjamkan kepada kelab dari League One, Ipswich Town dan musim berikutnya beliau dipinjamkan kepada Fleetwood Town.

Pada tahun lalu, Preston akhirnya memutuskan untuk melepaskan sahaja Josh Harrop dan beliau kemudiannya menyertai Northampton Town untuk tempoh separuh musim.

Beliau kemudiannya gagal untuk menemui kelab baru dan masih mencari mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Di usia 27 tahun, agak sayang untuk melihat bakat seperti beliau dipersiakan dan semoga saja akan ada kelab yang berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN