Emmanuel Adebayor Menyesal Buat Tendangan Jackie Chan

Emmanuel Adebayor melahirkan rasa penyesalannya selepas dihukum kad merah atas kesalahan membuat tendangan ala ‘Jackie Chan’ ketika aksi kumpulan Copa Libertadores menentang Defensa y Justicia pada minggu lepas.

Adebayor yang sebelum ini bermain di Turki (Istanbul Basaksehir dan Kayserispor) kini bermain di Paraguay pula untuk Club Olimpia. Ini merupakan kelab profesional ke-10 dalam karier bekas penyerang Arsenal dan Tottenham Hotspur ini.

Beliau masih belum mencipta sebarang impak setakat ini di Amerika Selatan. Dalam empat perlawanan pertamanya di liga dan Copa Liertadores, Adebayor masih belum mampu menjaring dan menyumbang bantuan gol.

Belum pun penyerang berusia 36 tahun ini menjaringkan gol, namanya sudah tercetak di dada akhbar atas sebab yang salah. Ketika aksi kumpulan Copa Libertadores pada 12 Mac lepas, Adebayor menerima kad merah kerana menendang lawannya ala-ala Jackie Chan di udara.

Dalam harapan untuk memenangi bola di udara, Adebayor mengangkat tinggi kakinya tanpa menyedari beliau berada terlalu hampir dengan pemain Defensa y Justica yang juga mahu memenang bola 50-50. Kaki Adebayor akhirnya singgah ke muka pertahanan lawan tersebut.

Tak mengejutkan apabila pengadil mengambil keputusan untuk memberi kad merah kepada kesalahan tersebut.

Adebayor mungkin tidak berniat untuk mencederakan pemain lawan. Tetapi dengan mengangkat kaki setinggi begitu dalam situasi 50-50, kad merah sentiasa akan menjadi pilihan pengadil.

Penyerang yang lahir dari akademi kelab Perancis, Metz ini menzahirkan penyesalannya selepas insiden tersebut di Twitter dengan menulis:

“SEA, perlawanan yang sukar hari ini! Mujur semangat berpasukan kita kuat, dan mujur kita menang, Club Olimpia. Sedih terpaksa meninggalkan padang kerana tendangan ala Jackie Chan. Bukan niat saya untuk mencederakan lawan. Dan saya lega lihat dia okay.”

Seperti yang Adebayor cakap, mujur pemain lawan yang disepak itu okey.

Disebalik kad merah Adebayor, Club Olimpia masih mampu menjaringkan dua gol lapan minit selepas insiden Adebayor untuk menang 2-0.

Defensa y Justicia berjaya menjaringkan satu gol pada masa kecederaan separuh masa kedua tetapi ia masih belum cukup untuk menghalang kemenangan 2-1 Club Olimpia dalam aksi kumpulan Copa Libertadores.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Emmanuel Adebayor:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN