Berita kehilangan pemain baharu Cardiff City iaitu Emiliano Sala ini cukup memeranjatkan semua pihak.
Beliau yang dijangkakan akan menyertai pasukan baharunya itu dilaporkan hilang ketika menaiki pesawat ketika dalam perjalan ke Wales dari Nantes, Perancis.
Akan tetapi, Sala dikatakan telah memberikan mesej kepada rakan-rakan Nantes beliau dalam ruang perbualan di WhatsApp.
Menurut laporan Daily Mail, sumber dari Argentina mengatakan yang pemain itu telah menghantarkan mesej kepada rakan-rakan Nantes yang mengatakan dirinya berada dalam ketakutan.
Sala mengatakan yang pesawat yang dinaiki beliau itu berada dalam keadaan hendak terhempas dan dirinya amat takut dengan keadaan itu.
“Hai kawan-kawan, apa khabar semua kawanku yang gila-gila? Kawan-kawan, aku berasa letih. Aku berada di Nantes selasaikan perkara itu dan ini dan ianya tak pernah habis, tak pernah habis.”
“Aku di dalam kapal terbang yang macam nak terhempas, dan aku hendak ke Cardiff. Gila.”
“Esok kami akan bermula, petang akan berlatih bersama pasukan baharu.”
Beliau kemudiannya memberikan lebih banyak mesej suara di WhatsApp menzahirkan rasa takut beliau.
“Apa khabar semuanya, adakah ianya baik? Jika kalian tidak punya apa-apa berita dalam masa sejam setengah, akutak tahu sama ada perlu atau tidak orang datang cari aku. Aku semakin takut!”
Keluarga Sala di Argentina kini terbang ke Perancis untuk mengetahui hal mengenai anak mereka.
Para penyokong Cardiff City dan Nantes memberikan doa agar semuanya berakhir dengan baik dengan memberikan kalungan bunga dan menyanyikan namanya.