Emiliano Martinez Beli Anjing Bernilai RM105 Ribu Hanya Untuk Menjaga Pingat Piala Dunia

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dilaporkan telah membeli seekor anjing terlatih yang bernilai £20,000 (RM105 ribu) untuk menjaga pingat Piala Dunia yang baru sahaja beliau menangi di Qatar bulan lalu.

Daily Star melaporkan yang Martinez telah membeli seekor anjing berbaka Belgian Malinoi untuk menjaga pingat Piala Dunianya.

Anjing tersebut juga dikatakan sudah pernah menjalani latihan bersama US Navy Seals dan SAS dan ia merupakan anjing penjaga yang sangat terlatih.

Beliau juga dilaporkan mahu menjadikan anjing tersebut sebagai penjaga keluarganya, namun satu hal yang pasti menjaga pingat Piala Dunia adalah keutamaan.

Seminggu sahaja selepas membantu Argentina menjuarai saingan Piala Dunia, Martinez sudah mula bimbang akan tahap keselamatan pingat Piala Dunia yang beliau menangi.

Martinez merupakan wira yang membantu Argentina menjuarai saingan Piala Dunia ketiga mereka dan ia merupakan kejayaan pertama negara Amerika Selatan itu sejak 1986 lalu.

Baru-baru ini, Martinez memuat naik gambar tattoo terbarunya di laman instagram miliknya dengan tattoo tersebut menunjukkan aksi beliau menyelamatkan sepakan penalti Perancis untuk menjuarai Piala Dunia.

Pelukis tattoo terkenal Argentina, Juan Pablo Skunca telah diberi kepercayaan oleh Martinez untuk mencacah tattoo tersebut di kaki kirinya.

Beliau juga turut mencacah tattoo yang menunjukkan Piala Dunia bersama tiga bintang di atas sebagai tanda kejayaan Argentina menjuarai 3 gelaran Piala Dunia (1978, 1986 dan 2022).

Martinez sepertinya sangat-sangat menyayangi pingat Piala Dunia yang beliau menangi itu dan buktinya lihat saja bagaimana beliau menjaga pingat tersebut.

Bukan hanya sekadar disimpan di dalam peti keselamatan, beliau bahkan turut sanggup membeli seekor anjing penjaga untuk memastikan keselamatan pingat tersebut.

Mungkin kerana bimbang pingat tersebut akan dicuri, kerana itulah beliau membuat keputusan untuk menggunakan anjing tersebut sebagai penjaga.

Bintang Chelsea, Reece James sebelum ini pernah kehilangan pingat Champions League dan Super Cup yang beliau menangi dek kerana peti keselamatan di rumahnya dirompak.

Dan mungkin kerana itu jugalah Martinez membuat keputusan untuk mengetatkan kawalan terhadap pingat tersebut kerana beliau tidak mahu ia hilang atau dirompak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN