Emery Sahkan Ozil & Xhaka Sudah Kembali Dari Kecederaan

Mesut Ozil dan Granit Xhaka sudah kembali semula dalam pemilihan skuad pasukan Arsenal.

Pengurus pasukan, Unai Emery mengatakan para pemain tersebut sudah mula kembali dalam pasukan selepas sembuh dari kecederaan yang dihadapi.

Sungguh pun begitu, Emery memberikan bayangan yang beliau tidak boleh meletakkan kedua-dua pemain tersebut dalam kesebelasan utamanya secara terus.

Hal ini, beliau mahu memastikan kedua-dua pemain tersebut berada dalam keadaan terbaik sebelum diturunkan.

“Kami perlu tunggu hingga ke hari terakhir latihan untuk tentukan semuanya.”

“Mesut Ozil dan juga Granit Xhaka sudah kembali berlatih tetapi saya tetap nanti hingga hari terakhir latihan (Jumaat) untuk buat keputusan.”

Bercakap ketika sidang media pra-perlawanan menentang Liverpool di Anfield, Emery memberi bayangan yang beliau mahu menyegerakan kemasukan Ozil dalam skuadnya.

“Saya sedar ada pemain perlu cergas sepenuhnya untuk mencapai tahap kecergasan yang terbaik.”

“Saya rasa Ozil perlu cergas kerana beliau sudah mula berlatih seperti biasa dengan pasukan.”

Arsenal yang kini menang kedua-dua perlawanan awal Premier League akan bertemu Liverpool pada Ahad pagi ini jam 12.30 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN