Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggot nyata sangat kagum dengan semangat para penyokong pasukan kebangsaannya yang dilihat sangat fanatik pada sukan tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum itu.
Menurut beliau, suasana tersebut jelas mempunyai persamaan dengan apa dilihatnya ketika beraksi di Eropah menerusi cara sokongan diberikan buat pasukan.
Tendangan jarak jauh Elkan mampu menambah angka untuk Indonesia! ☄️#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/X3NPVq9tTF
— PSSI (@PSSI) June 14, 2022
Jelas Baggott, beliau mengakui Indonesia mempunyai latar masyarakat dimana para penyokong sangat meminati bola sepak dalam segenap lapisan umur.
Beliau mengatakan perkara tersebut kerana melihat sendiri para penyokong yang sentiasa tampil selaku salah satu tulang belakang kejayaan skuad kebangsaan yang jelas tidak henti-henti memberi galakan.
“Saya boleh katakan bola sepak di Eropah dan Indonesia sama-sama fanatik. Di Indonesia, anda boleh lihat para anak muda turut aktif melibatkan diri dalam sukan tersebut,” jelas pemain tersebut menerusi Bola.com.
Tambah pemain tersebut, akaun media sosialnya juga kini semakin aktif apabila diikuti oleh ramai penyokong Indonesia.
𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚 📰 | #Gills have completed the signing of Ipswich centre-back, @baggottElkan, on a season-long loan deal. ✍️
Welcome to the club, Elkan! 🙌 pic.twitter.com/xnviUuiusi
— Gillingham FC (@TheGillsFC) July 8, 2022
Perkara tersebut juga menjadi lebih positif sekiranya beliau terlibat bersama skuad kebangsaan Indonesia untuk apa-apa perlawanan.
“Anda cuma perlu melihat ruangan komen di media sosial untuk menggambarkan betapa fanatiknya para penyokong Indonesia dalam memberi galakan kepada saya,” tegas Baggott.
Baggott juga mengatakan akaun media sosialnya mula mendapat perhatian para penyokong setelah beliau mula mewakili skuad kebangsaan, dan kemuncaknya pada aksi Piala AFF lalu di Singapura.
“Saya boleh katakan sebagai sesuatu yang agak gila apabila pengikut di media sosial saya bertambah dengan begitu mendadak dalam waktu singkat.
“Dalam masa singkat, jumlah pengikut saya daripada sekitar 100,000 kini menjadi lebih sejuta. Mereka sangat-sangat luar biasa,” luah Baggott.
Pemain bertubuh tinggi lampai itu juga masih lagi terkenangkan aksinya pada bulan November tahun lalu apabila mengakui bulu romanya meremang saat menyanyikan lagu kebangsaan.
“Pertama kali beraksi bersama skuad senior pada tahun lalu boleh saya anggap sebagai sangat istimewa.
“Ditambah dengan suasana nyanyian lagu kebangsaan ketika itu benar-benar membuatkan saya meremang bulu roma dan berbangga untuk mewakili Indonesia,” kata Baggott.
Dalam masa sama, Baggott juga tidak dapat melupakan detik-detik manisnya bersama skuad kebangsaan, terutama sekali jaringa sulung beliau bersama Indonesia sewaktu menentang Malaysia dalam kejohanan Piala AFF 2020.
PERFECT HEADER! ⚽
Sundulan Elkan Baggott menambah keunggulan untuk Indonesia! 👊🇮🇩#KitaGaruda #MeraihImpian #EmergingStrongerTogether #TimnasDay pic.twitter.com/4G3m3GOSyL
— PSSI (@PSSI) December 19, 2021
Ketika ini, Baggott optimis skuad kebangsaan Indonesia akan semakin bertambah baik pada masa akan datang dan untuk itu, beliau meminta agar para penyokong terus bersabar.
“Satu perkara yang saya boleh katakan buat para penyokong ketika ini supaya mereka terus bersabar. Kami masih lagi muda dan saya yakin suatu hari nanti Indonesia kami akan menakluk puncak Asia,” ujar Baggott.