Elkan Baggott Kembali Dipuji Setelah Kerap Jadi Mangsa Kritikan Di England

Pertahanan muda Indonesia, Elkan Baggott kembali menerima pujian di England, selepas beliau antara paling teruk mendapat kritikan pada beberapa aksi lalu bersama kelab baharunya, Bristol Rovers.

Baggott yang menyertai saingan EFL League One di England bersama Bristol Rovers selaku status pinjaman, tampil kurang memberansangkan sejak lima perlawanan lalu selepas beliau diberi ruang beraksi.

Walaupun begitu, pemain tinggi lampai ini kembali membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi Bristol Rovers apabila beliau mencipta satu bantuan jaringan ketika mereka menghadapi Northampton Town pada Sabtu lalu.

Pada aksi tersebut, Bristol Rovers mencatat kekalahan 1-3 ketika perlawanan berlangsung di gelanggang lawan iaitu Stadium Sixfields walaupun mereka menguasai permainan secara keseluruhan.

Baggott yang dibawa turun di separuh masa kedua selaku pemain gantian tidak mengambil masa lama untuk meninggalkan impak besar menerusi satu hantaran yang mencetuskan jaringan tunggal buat pasukannya.

Situasi berlaku pada minit ke-79 apabila Baggott mendapat satu peluang untuk membuat umpanan di dalam petak penalti lawan, sebelum rakan sepasukannya Chris Martin mencipta satu tandukan tepat ke dalam gawang gol.

Walaupun begitu, gol tersebut hanya dianggap saguhati semata-mata kerana lawan berjaya memperoleh gol ketiga mereka pada penghujung perlawanan untuk memastikan Bristol Rovers pulang tanpa sebarang mata.

Baggott menjadi antara pemain yang menerima pujian penuh daripada pengendali Bristol Rovers iaitu Matt Taylor selepas aksi pertahanan itu jelas begitu memberansangkan di separuh masa kedua.

Menurut Taylor, kualiti permainan dipersembahkan oleh pemain Indonesia itu bersama rakan sepasukannya iaitu Chris Vaughan berjaya menaikkan lagi kualiti permainan mereka untuk berdepan lawan.

“Pada pandangan saya sebenarnya kehadiran Baggott dan Vaughan berjaya meningkatkan kualiti permainan kami pada perlawanan tersebut untuk menghadapi pasukan lawan di separuh masa kedua.

“Jika dilihat lagi, kedua pemain tersebut iaitu Baggott dan Vaughan berjaya melakukan tugasan mereka dengan baik sepanjang aksi tersebut berlangsung,” ulas Taylor menerusi perkongsian Bola.com.

Untuk aksi seterusnya, berkemungkinan besar bintang Sang Garuda tersebut akan kembali dibawa turun dalam kesebelasan utama untuk menentang Carlisle di laman sendiri bagi mendapatkan kembali mata penting.

Kedudukan semasa bagi saingan EFL League One menyaksikan Bristol Rovers berada di tangga ke-12 selepas mereka mengutip 43 mata daripada 33 perlawanan diharungi dengan 12 kemenangan berjaya diraih.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN