Isu Ramai Pemain JDT Bersama Harimau Malaya Tidak Wajar Dipersoal

Jika dilihat pada senarai pemain Harimau Malaya yang mengharungi saingan Piala Asia 2023 lalu, jelas sebahagian besar daripadanya diwakili oleh tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melihat kepada senarai kebanyakan pemain JDT kini membarisi skuad kebangsaan, ada pertikaian turut dibuat segelintir peminat Malaysia di media sosial sebelum itu.

Antara pertikaian dibuat, kejurulatihan negara perlu menilai pemain pasukan lain yang juga turut menyerlah untuk dibawa menyertai kem kebangsaan di pentas antarabangsa.

Walaupun begitu pemerhati bola sepak negara, Zakaria Rahim mempunyai pandangan tersendiri dianggap bernas mengapa kejurulatihan Harimau Malaya memilih ramai pemain JDT untuk negara.

Corak latihan diterapkan bersama teknologi tinggi dimiliki Harimau Selatan jelas memainkan peranan cukup besar untuk menjadikan pemain JDT lebih baik berbanding tonggak-tonggak pasukan lain.

Malah, Zakaria menyifatkan kemahiran individu yang berkualiti dimiliki para pemain JDT hasil latihan mereka jalani sebelum itu menjadi faktor kenapa kejurulatihan negara lebih cenderung kepada bintang-bintang pasukan tersebut.

“Pemain JDT dilatih dengan teknologi tinggi berbanding pasukan lain. Betul, TFC (Terengganu) juga masuk final Piala Malaysia, tetapi kemampuan individu (pemain mereka) tak sama taraf dengan JDT.

“Itu kelebihan JDT, jadi jangan pertikaikan kenapa pemain JDT (ramai dalam skuad kebangsaan) sebab mereka dijaga dengan bagus.

“Walaupun mereka ambil pemain bagus masuk JDT, tetapi apabila masuk JDT pemain itu akan jadi lebih bagus.

“Marah macam mana sekali pun kita kena hakikat, teknologi JDT dari segi latihan memang bagus dan boleh saya katakan taraf fasiliti atau peralatan mereka lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan.

“Untuk nak kuatkan pasukan kebangsaan mestilah datang dari pemain yang dibangunkan atau dilatih oleh kelab.

“Kalau kelab latih dengan baik dan teknologi yang bagus, ia akan membantu pasukan kebangsaan.

“Sebab itu mereka semua banyak diambil dari JDT. Namun, bagusnya TFC dari segi kestabilan mereka yang mana mereka mampu bayar pemain dan pemain bersemangat walaupun gaji tak sebesar pemain JDT,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 akan datang, dijangka Kim Pan-gon akan terus mengekalkan barisan pemain sama ketika mereka menghadapi saingan Piala Asia 2023 lalu.

Faktor persefahaman serta kualiti pemain dimiliki beliau sebelum itu menjadikan pengendali tersebut mungkin tidak banyak membuat rombakan besar untuk mengelak momentum permainan mereka terganggu.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN