Elak Spekulasi ‘Tangan Ghaib’ – FAM Perlu Perjelas Mengapa 3 Pemain JDT Digugurkan Daripada Skuad B-23

Usah ulang episod Piala AFF dan elak spekulas ‘tangan ghaib’ kembali. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memberikan penjelasan mengapa tiga pemain JDT digugurkan daripada skuad B-23 yang akan bertanding di kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja beberapa hari sahaja lagi.

Sebelum ini wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan beberapa pemain terpaksa digugurkan. Antaranya adalah pemain Terengganu FC, Safwan Mazlan selepas pemain itu disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Turut terpaksa dilupakan adalah tiga lagi pemain iaitu tiga pemain JDT II iaitu Alif Mutalib, Umar Hakeem dan T. Shaheeswaran. Bagaimana pun tiada penjelasan jelas mengenai status pemain-pemain tersebut sama ada mengalami kecederaan atau berkaitan perkara teknikal pasukan selain kenyataan mengatakan ketiga-tiganya telah dikembalikan semula ke kelab masing-masing.

FAM kemudiannya memanggil empat pemain lain untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan pemain-pemain tersebut iaitu penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta tiga pemain pertahanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar, kesemuanya dari Selangor FC.

Selain laporan daripada Zulhelmi, tiada kenyataan susulan daripada FAM atau pun JDT mengenai status ketiga-tiga pemain tersebut yang digugurkan.

Jangan ulangi episod ‘tangan ghaib’

Apa-apa pun sebab penguguran ketiga-tiga pemain tersebut, FAM harus bertindak menjelaskan sebab langkah tersebut dilakukan untuk mengelakkan spkulasi yang tidak diingini seperti mana yang berlaku di kejohanan Piala AFF 2020 yang lalu.

Di kejohanan Piala AFF 2020 ketiadaan beberapa pemain JDT seperti Matthew Davies, Corbin Ong, Mohamadou Sumareh dan Farizal Marlias yang selama ini menjadi tunjang skuad senior kebangsaan tidak berada di dalam senarai skuad yang dibawa oleh bekas pengendali, Tan Cheng Hoe ke kejohanan yang berlangsung di Singapura itu.

Episod malang skuad Harimau Malaya di Piala AFF 2020.

Ketiadaan pemain-pemain utama ini dipercayai menjadi salah satu punca prestasi buruk pasukan negara yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Perkara itu menyebabkan wujud spekulasi wujudnya ‘tangan ghaib’ yang cuba menganggu pemilihan pemain. Hakikat sebenar, pemain-pemain tersebut terpaksa dilupakan khidmat mereka disebabkan kecederaan dan masalah peribadi yang tidak boleh dielakkan.

FAM lupa pesanan TMJ?

Perkara itu dibidas oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) melalui satu temubual eksklusif yang disiarkan oleh Astro Arena selepas itu.

Melalui temubual tersebut, TMJ turut menegur peranan jurulatih, pengurusan skuad kebangsaan dan media FAM yang tidak mendedahkan perkara sebenar (ketiadaan engagement) kepada media dan penyokong sehingga menyebabkan spekulasi tidak diperlukan.

Tembual eksklusif TMJ bersama Astro Arena pada bulan lalu.

Sedikit sebanyak spekulasi sedemikian hanya akan menganggu tumpuan pemain sedia ada yang dibawa ke kejohanan sebenar.

Adakah FAM tidak cakna akan titah Baginda selepas apa yang berlaku sebelum ini? Kami percaya ada sebab tindakan penguguran tersebut dilakukan. Dan kami percaya semua pihak juga ingin tahu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN