Ronaldo Terseksa Bermain Di United Kerana Sepasukan Dengan Pemain “Bodoh”

Cristiano Ronaldo

Sepanjang karier beliau yang cukup gemilang, Cristiano Ronaldo telah bermain dengan ramai pemain tengah yang cukup hebat.

Namakan saja, Mesut Ozil, Kaka, Michael Carrick, Miralem Pjanic antara pemain-pemain tengah yang pernah beraksi bersama-sama Ronaldo.

Kesemua nama-nama yang disebutkan tadi adalah berkelas dunia dan amat cemerlang. Tetapi, tidak dinafikan Ronaldo juga pernah bermain dengan beberapa pemain tengah yang tidaklah sebagus mana.

Dan anda mungkin melihatnya sekarang ketika Ronaldo sedang bergelut bersama-sama skuad Manchester Unitednya.

Di penghujung karier, Ronaldo mungkin sedang bergelumang dengan pemain-pemain tengah yang dianggap “bodoh” seperti Fred dan Scott McTominay.

Sekurang-kurangnya dari pemerhatian legenda bola sepak Wales, Dean Saunders.

Saunders mengatakan yang Ronaldo kini pastinya kecewa kerana terpaksa bermain dengan nama-nama seperti Fred dan McTominay yang sering menghampakan legenda itu saban minggu.

“Kalau anda tanya Ronaldo, siapakah pemain tengah paling teruk pernah beliau main sekali pasti nama Fred dan McTominay ni ada.”

“Mereka mempunyai barisan pertahanan yang sederhana saja kualitinya dan tiada enjin di bahagian tengah, pemain yang ada pun tidak begitu bagus,” kata Saunders menerusi SportBible.

Kecaman semakin memuncak buat United selepas mereka baru-baru ini seri ditangan pasukan tercorot iaitu Burnley selepas dimalukan Middlesbrough dalam saingan FA Cup.

Malah, Ronaldo juga menjadi sasaran penyokong selepas gagal menunjukkan aksi yang mantap baru-baru ini.

“Semua orang menuding jari kepada Ronaldo tetapi beliau bermain dengan beberapa pemain yang bodoh, ada diantara mereka tidak satu ‘kepala’ dengannya.”

Ronaldo kini mungkin sedang mengalami penurunan prestasi namun beliau masih penjaring terbanyak United dengan 14 gol.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN