Seorang pegawai dari Mesir FA mengesahkan penjaga gol pasukan tersebut, Mohamed El-Shenawy enggan menerima trofi untuk Pemain Terbaim Perlawanan atas alasan keagamaan.
Trofi berbentuk artistik berwarna merah itu ditaja oleh syarikat beer dan alkohol terkemuka dunia, Budweiser. Islam melarang sama sekali umatnya mengambil minuman beralkohol.
Bercakap kepada The Associated Press, Ihab Leheta yang merupakan pengarah Mesir FA ke Rusia 2018 menjelaskan El-Shenawy hadir ke majlis ringkas untuk penyerahan anugerah tersebut, mengambil beberapa gambar, namun tidak mengambil trofi tersebut. Tiada maklumat lanjut diberikan selepas itu.
Penjaga gol berusia 29 tahun itu beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Uruguay, selepas berjaya menafikan beberapa percubaan oleh Uruguay khususnya dari Luis Suarez dan Edinson Cavani.
El-Shenawy dan Mesir bagaimanapun terpaksa akur apabila akhirnya dibolosi oleh tandukan minit ke-89 Jose Gimenez yang memberikan kemenangan 1-0 ke atas Uruguay.
Imej oleh El-Shenawy dengan bahasa badan seolah-olah menolak tawaran untuk membawa pulang trofi yang diserahkan oleh wakil Budweiser di terowong stadium menjadi tular di media sosial.
.@FIFAcom have a deal with @Budweiser for the #ManoftheMatch award. Being alcohol, there are 3 North African nations + Saudi & Iran in the @FIFAWorldCup. Did they not think these guys won’t accept the award? #EGY ’s @Melshenawy did not take his today. pic.twitter.com/750OOyFaw0
— Marwan Ahmed (@MarwanAhmed_KF) June 16, 2018
Budweiser adalah salah satu penaja utama FIFA untuk Piala Dunia di Rusia.
Mesir adalah negara Islam yang mempunyai seramai 100 juta penduduk beraksi di Piala Dunia buat pertama kali sejak 1990.
Perlawanan seterusnya untuk Mesir ialah perlawanan wajib menang menentang tuan rumah, Rusia pada Rabu akan datang.
Tumpuan dunia semestinya akan terarah kepada kelibat Pemain Terbaik Tahunan EPL, Mohamed Salah yang dilaporkan telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan.