Analisis Taktikal: Mexico Eksplotasi Bek Sisi Jerman Di Half-Space

Agak ironi, sebuah negara yang menjadi rujukan ramai jurulatih kerana teori bertahan di half-space, Jerman telah dilondehkan oleh Mexico di kawasan tersebut.

Mexico menang 1-0 ke atas Jerman dalam perlawanan pembukaan hasil jaringan Hirving Lozano.

Menutup sumber ancaman Jerman

Jerman ada Toni Kroos yang seperti pemain box to box Inggeris. Beliau boleh merancang perlawanan dari bawah dan juga di zon kawasan padat (tight area).

Carlos Vela diarahkan untuk menutup Toni Kroos sepanjang perlawanan ini. Dan pelan itu dikekalkan apabila Vela dikeluarkan. Ini lebih kepada apabila Vela semakin diatasi oleh Kroos.

Apabil Toni Kroos berjaya dineutralkan, Jerman ada opsyen mennggunakan Hummels kerana keupayaan pemain ini melakukan hantaran laser daripada belakang. Namun ini yang berlaku. Mexico telah mengenakan tekanan dan menutup akses Hummels.

Jerman tidak cukup perlindungan daripada tengah

Ini adalah salah satu sebab kenapa Jerman dengan mudah dieksploitasi ketika serangan. Apabila Kimmich dan Plattenhardt naik ke zon yang sangat tinggi sudah pastinya mereka memerlukan pemain lain untuk ‘covering’ kawasan mereka.

Kimmich adalah sasaran utama Mexico dalam perlawanan ini kerana mereka tahu Kimmich akan lebih ‘advance’. Lihat heatmap di bawah ini melibatkan Layun, Javier Hernandez, Vela dan Lozano.

Khedira antara pemain yang paling lemah dalam aspek ini. Seterusnya adalah, Kroos dan Ozil juga kena bertanggungjawan dalam perkara ini. Ozil melakukan larian ‘track back’ ketika gol Lozano namun dengan mudah ditewaskan pemain tesebut.

Pemain tengah Jerman tak komited untuk berada di belakang bola apabila diserang. Ini yang memudahkan pemain seperti Hernandez menarik keluar 2 bek tengah mereka keluar daripada kawasan.

Javier Hernandez jelas menjadi pemain penting dalam usaha ‘drag’ keluar pemain bek tengah Jerman. Malang beliau tidak melakukan lebih assist ataupun melakukan gol dalam perlawanan ini kerana beberapa sentuhan akhir beliau agak mengecewakan.

Mexico menyerang half space mereka berkali-kali pada separuh masa pertama cuma malangnya pasukan ini tidak lebih klinikal di kawasan serangan. Jika tak, Jerman mungkin boleh kalah lebih banyak.

Serangan Mexico vs kemalasan Jerman bertahan

Pelan serangan mereka adalah dibina daripada bawah. Mereka yakin dengan bola dan cuba segera untuk memunggah (offload) bola ke kawasan sayap. Hector Herrera menjadi pivot penting yang menghantar banyak hantaran efektif.

Serangan balas Mexico sangat tajam. Mereka tidak berlengah. Menggerakkan bola dengan cepat dan melakukan permainan kombinasi yang memecahkan organisasi pertahanan Jerman.

Mereka segera memanipulasi pemain-pemain Jerman yang kelihatan lambat untuk kembali ‘regroup’ ketika bertahan. Kata kunci utama adalah bergerak pantas.

Jerman terlalu ramai pemain tidak bermain dengan kecergasan maksimum. Mesut Ozil baru cergas, dan beliau memang bukan seorang pertahanan yang baik. Seterusnya, Khedira sangat malas untuk turun.

Kroos sukar untuk kembali ke pertahanan kerana beliau cuba memecahkan zon 14. Muller juga tidak bermain baik, meneruskan aksi hambar beliau di peringkat kelab.

Jerome Boateng juga kelihatan belum cergas 100%. Julian Draxler langsung tidak memikirkan soal bertahan.  Mereka memaksa pemain seperti Hummels dan Boateng untuk keluar awal daripada  kawasan mereka dan menggunakan ruang di belakang mereka.

Boleh dikatakan Jerman sangat disjointed dalam perlawanan ini.

Pada separuh masa kedua, aspek bertahan secara unit Jerman ini tidak begitu ketara kerana Mexico memutuskan untuk turun sangat ke bawah (drop too deep).

Ketumpulan Jerman

Jerman diberikan peluang untuk mencipta banyak peluang kerana Mexico menurunkan intensiti mereka dan cuba mempertahankan 1 gol. Agak berisiko tetapi ia memberikan pulangan kepada Mexico.

Jerman melakukan 26 percubaan ke arah gol dan 9 tepat. Namun tiada hasil. Mereka memasukkan Mario Gomez untuk berubah ke sistem target man, tetap gagal menjaringkan gol.

Rumusan

Mexico sudah belajar tentang lawan mereka sebaik mungkin. Mereka menyempurnakan peluang yang terhad dan bertahan dengan penjaga gol yang beraksi sangat baik, 9 ‘saves’ dilakukan beliau.

Jerman ada isu dengan pemilihan pemain yang kurang cergas untuk perlawanan ini. Joachim Low perlu lebih berani untuk merehatkan pemain seperti Muller dan Ozil pada keadaan tertentu.

Marco Reus dan Julian Brandt jelas memberikan impak jauh lebih baik daripada Muller dan Ozil dalam perlawanan ini. Draxler pula terlalu fokus untuk menyerang dan bukan ‘team player’.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Guillermo Ochoa (Mexico)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN