Bekas Pemain Sabah El Hadji Diouf Tegaskan Mahu Jadi Ahli Politik

El Hadji Diouf sertai politik selepas mahu bermain bola sepak profesional.

Siapa ingat lagi dengan El Hadji Diouf? Pemain yang sering terlibat dengan pelbagai kontroversi sepanjang karier bermain beliau.

Diouf terkenal sebagai pemain paling gagal ketika menjadi pemain di Liverpool. Beliau juga dibenci penyokong Celtic ketika menjadi pemain Rangers satu masa dulu.

Dan beliau juga pernah bermain sebagai pemain Liga Perdana di Sabah.

Semuanya nampak baik, namun tak sampai satu musim beliau cabut lari dari pasukan Borneo itu.

Kini beliau tidak lagi bermain, namun memilih untuk menjadi ahli politik.

Mahu sertai Parlimen Senegal

El Hadji Diouf sertai politik dan kemahuan beliau itu telah disahkan oleh dirinya.

Beliau berkata beliau akan menjadi ahli politik dalam masa 2 tahun mendatang ini.

“Masa depan saya tidak terjamin, jadi saya rasakan lebih baik saya masuk dunia politik. Hal ini kerana saya rasa ia lebih terjamin untuk saya memasuki dunia politik.”

“Jika saya sertai politik, saya punyai lebih banyak peluang untuk mengubah landskap bola sepak hari ini.”

Diouf sendiri berkata dirinya sudah mengambil kursus kejurulatihan untuk menjadi jurulatih. Namun beliau belum lagi bercadang untuk menjadi jurulatih.

Namun begitu, beliau bersedia untuk berikan nasihat kepada pasukan kebangsaan Senegal apabila diperlukan.

Selain itu, beliau juga mendedahkan yang beliau punya rasa minat yang mendalam dalam dunia politik.

“Saya amat meminati dunia politik. Hal ini kerana di Senegal ramai orang yang menjadikan saya sebagai mentor mereka.”

“Ini memberikan masa depan yang cerah kepada saya. Ia kerana ramai orang-orang Senegal akan ikut dengar kata-kata saya.”

Apa pun, semoga berjaya untuk beliau!

Baca juga: Ronaldinho Kembali Ke Barcelona, Kali Ini Sebagai Duta Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN