EKSKLUSIF: Zafuan Azeman Beri Sebab Kenapa Kerap Berpindah Kelab Baharu

Penyerang muda tempatan, Zafuan Azeman tampil dengan membuat kenyataan secara ekslusif kepada Semuanya BOLA untuk menjelaskan kepada semua mengapa beliau sering bertukar pasukan.

Zafuan sebelum itu mencipta rekod untuk menjadi pemain Malaysia kedua yang bersaing di kejohanan Thai League 1 bersama Uthai Thani FC musim ini selain Dion Cools yang mewakili Buriram United.

Musim lalu menyaksikan Zafuan telah pun beraksi dalam saingan Liga M3 bersama Perlis United, sebelum mencipta haluan baharu untuk menyertai pasukan lamanya iaitu Uthai Thani.

Ini menjadi kali kedua buat Zafuan untuk beraksi bersama kelab tersebut, selepas beliau pernah mewakilinya pada dua musim lalu ketika Uthai Thani di Thai League 2.

Walaupun kini beraksi bersama Uthai Thani kembali, nama Zafuan turut tidak terlepas daripada sebarang kritikan daripada penyokong yang tampil dengan pelbagai pendapat sangat keras.

Ada berpendapat Zafuan menjadikan setiap kelab umpama rumah tumpangan dan kerap bertukar saban tahun dengan tidak memilih kekal lebih lama.

Tampil memberi penjelasan, Zafuan memberi sebab kenapa beliau kerap bertukar pasukan dan lebih cenderung memilih kelab di Thailand berbanding Malaysia.

“Saya bukan pemain bintang, sebab itu saya sentiasa berusaha setiap masa mendapatkan minit permainan yg cukup untuk saya melangkah ke tahap seterusnya.

“Kenapa saya cenderung di liga Thailand berbanding liga Malaysia? Sebenarnya saya berdarah campuran Malaysia-Thailand.

“Ibu saya adalah warganegara Thailand dan saya juga mempunyai kad pengenalan Thailand, jadi jika saya beraksi di liga Thailand, saya dikira sebagai kuota pemain tempatan dan bukan import, jadi ini lebih memudahkan saya beraksi di liga Thailand.

“Saya tidak pernah memilih utk beraksi dgn pasukan mana. Sama ada liga super, liga M3, T1, T2 atau T3 sekalipun. Betul saya akan sentiasa kembali beraksi dengan negeri kelahiran saya iaitu Perlis, semasa liga Thailand habis musim,” ujar pemain tersebut

Selain itu, Zafuan juga menjelaskan beliau tak pernah bercuti demi mendapatkan minit permainan mencukup selaku pemain dengan membuat perbincangan dengan jurulatih kelab untuk diberi ruang beraksi.

“Saya anggap saya tak pernah bercuti sebab saya amat memerlukan minit permainan.

“Setiap kali saya berpindah kelab, saya sentiasa akan berbincang dengan jurulatih sama ada saya berpeluang berada dalam kesebelasan utama atau lebih baik saya berpindah secara pinjaman atau terus.

“Posisi saya sebagai penyerang sangat terhad peluang bermain memandangkan posisi ini lebih diisi oleh pemain import tidak kira di Malaysia atau Thailand jadi untuk menunggu dan bersaing, mungkin peluang itu ada, mungkin tiada, jadi setiap perbincangan dengan jurulatih amat penting jika kita sudah tiada dalam perancangan jurulatih.

Akhir sekali, Zafuan turut menyatakan berpindah kelab dalam dunia bola sepak adalah perkara biasa mengikut kepada para pemain itu sendiri.

Beliau juga telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri di Thailand demi menjalani proses pemilihan pemain baharu di setiap kelab sepanjang kariernya.

“Berpindah kelab dalam bolasepak adalah perkara biasa. Ada pemain sanggup bersaing dan menunggu peluang, tapi tidak bagi saya. Jika tiada peluang saya lebih suka mencari haluan baru.

“Setiap kelab di Thailand yang saya sertai, semuanya melalui proses trial dan bukannya secara terus. Semua atas perbelanjaan sendiri.

“Jika gagal, kita cuba haluan baru, jika terpilih, Alhamdulillah. Setakat sekarang, saya belum puas, saya sentiasa mencari minit-minit terbaik dalam karier bolasepak saya.

“Insha Allah, masa itu akan sampai nanti, yg penting bersabar dan terus mencuba. Terima kasih kepada yg sentiasa mendoakan saya.

“Setiap kritikan juga saja ucapkan terima kasih kerana ianya sentiasa menjadi pembakar semangat untuk saya terus maju dalam karier saya. Terima kasih,” kata Zafuan akhir sekali.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya Zafuan terus berjaya walau di mana berada selain menanti peluang terbaik untuk menembusi kembali pintu skuad kebangsaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN