EKSKLUSIF: Ramon Marcote Beri Sebab Terbesar Kenapa Pemain Malaysia Sukar Diterima Di Eropah

Sekelompok besar penyokong Kedah Darul Aman (KDA) pastinya masih ingat akan khidmat seorang jurulatih dari Sepanyol iaitu Ramon Marcote yang pernah memberi sumbangan besar buat pasukan pada suatu ketika.

Marcote merupakan salah satu individu yang berjaya menaikkan kembali KDA pada tahun 2015 bersama-sama pengendali utama iaitu Tan Cheng Hoe.

Kerjasama mereka berdua berjaya membantu KDA menjuarai saingan Liga Premier 2015 serta tampil sebagai finalis kejohanan Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Antara jasa besar Marcote sepanjang bersama pasukan itu juga ialah membantu Cheng Hoe memperkenalkan banyak bakat-bakat muda seperti Osman Yusoff, Hanif Mat Dzahir, Abdul Halim Saari, Muhammad Syafiq Ahmad, serta beberapa nama lagi.

Bersama KDA, individu dari Sepanyol itu bertugas selaku Jurulatih Kecergasan untuk memastikan stamina dan disiplin para pemain sentiasa terjaga bagi memenuhi keperluan skuad.

Pada awal tahun 2018, pengendali tersebut kembali mewarnai bola sepak KDA setelah dilantik sebagai Ketua Jurulatih bagi memastikan pasukan tersebut kembali di landasan terbaik setelah ketiadaan Cheng Hoe.

Terbaharu, Semuanya BOLA telah pun membuat satu sesi temu ramah bersama Marcote untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai karier beliau di Eropah dan pendapat dirinya mengenai perkembangan semasa bola sepak.

Beliau yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro itu dilihat kaya dengan pengalaman di pentas Eropah dan mempunyai banyak pendapat menarik untuk dikongsikan.

Jelas bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid itu, beliau kadangkala masih lagi mengikut perkembangan semasa mengenai bola sepak di Malaysia serta memberi tumpuan buat beberapa pasukan tempatan.

Terang Marcote, pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengalami suatu perkembangan yang sangat ketika ini dan perlu dicontohi kelab-kelab lain walaupun sedikit.

“Saya suka dengan perkembangan yang dipamerkan oleh JDT setiap tahun, segalanya sangat positif dan tampak hebat.

“Sejak saya bersama KDA, pasukan ini jelas semakin kuat dan berkembang dalam segenap aspek. Selain JDT, pastinya KDA dan Selangor antara yang sering saya ikut jika mempunyai masa,” jelas pengendali tersebut.

Beliau juga mengakui mula memberi tumpuan kepada skuad kebangsaan sejak rakan sejawatnya bersama KDA sebelum itu, Tan Cheng Hoe memegang tampuk kejurulatihan.

Walaupun begitu, Marcote mengakui masih ada banyak jurang perlu diperbaiki oleh setiap pemain Malaysia jika mahu dibandingkan bersama negara-negara di Eropah.

Pengendali berusia 45 tahun itu turut berkata Malaysia mempunyai lapisan pemain muda yang sangat berbakat dan itu dibuktikan sendiri ketika beliau mengendalikan KDA.

“Sayangnya, mereka gagal untuk terus konsisten dengan bakat besar dimiliki ketika usia muda itu setelah mendapat tempat selaku pemain profesional.

“Awak boleh lihat Baddrol Bakhtiar, mengapa beliau terus konsisten beraksi sehingga kini biarpun semakin berusia?

“Pemain ini sentiasa mengekalkan disiplin yang bagus dan ini perlu dicontohi bakat-bakat muda Malaysia untuk sekurangnya terus relevan beraksi di peringkat tertinggi dalam negara,” ulas Marcote.

Ketika ditanya pengalaman beliau mengendalikan skuad pembangunan Al-Hilal di Arab Saudi, Marcote menerangkan semua pemain muda di sana sentiasa percaya akan proses.

“Di peringkat muda ini, para pemain telah didedahkan dengan pelbagai taktikal dan teknikal cara bermain bola sepak dengan teliti dan mereka perlu percaya pada proses.

“Saya sentiasa gembira setiap kali ada pemain berjaya beraksi di peringkat senior kerana mereka sudah dipersiapkan dengan sebaik mungkin.

“Ia bukan sekadar pada bakat, malah cabaran utama mereka adalah untuk mengekalkan prestasi semasa itu untuk terus dibawa ketika meningkat dewasa sebelum menyertai pasukan senior,” tambah beliau lagi.

Kini, Marcote masih lagi berehat setelah beliau berpisah dengan kelab yang berpangkalan di Cyprus iaitu Ethnikos Achna.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN