Ejen Sahkan Jorginho Sentiasa Berkeinginan Untuk Kembali Ke Serie A

Jorginho

Joao Santos yang merupakan ejen kepada Jorginho mengakui bahawa pemain tengah Chelsea itu gembira di Stamford Bridge tetapi dalam masa yang sama turut mendedahkan ‘tiada apa yang mustahil dalam bola sepak’.

Ini kerana pemain berusia 27 tahun itu dikatakan sentiasa berkeinginan untuk kembali ke Itali bagi menyertai pasukan dalam saingan Serie A. Sebelum menyertai Chelsea, Jorginho pernah beraksi untuk pasukan Hellas Verona dan SS Napoli.

”Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, dia [Jorginho] sentiasa mempunyai keinginan untuk kembali [ke Serie A],” jelas ejen pemain skuad kebangsaan Itali itu.

”Dia memperoleh pengalaman berharga dalam Liga Persana Inggeris dan dia akan memberikan sumbangan yang besar dalam Serie A. Dia boleh bermain untuk dua atau tiga pasukan yang merebut kejuaraan.”

Jorginho

”Bermain di Chelsea dengan permainan bola sepak yang sangat berintensiti dan dia banyak belajar dengan Sarri dan [Frank] Lampard.”

Pada musim 2018/19, Jorginho telah mengikut jejak langkah pengurusnya ketika di Napoli, Maurizio Sarri untuk bersama Chelsea. Bagaimanapun selepas semusim, Sarri memilih untuk membimbing Juventus manakala Jorginho kekal bersama The Blues.

Sekiranya pada musim lalu aksi beliau mendapat kritikan serta dilabel sebagai anak kesayangan Maurizio Sarri dalam kalangan penyokong Chelsea, Jorginho tidak perlu menunggu lama untuk memenangi hati Lampard dengan aksi positif dipamerkannya.

Kini, pemain kelahiran Imbituba, Brazil itu juga telah diberikan tanggungjawab tambahan selaku penolong ketua pasukan Chelsea bagi membantu Cesar Azpilicueta.

Kredit foto: Chelsea FC Latest News

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN