Sukan SEA: Malaysia Elak Thailand & Vietnam, Diundi Dalam Kumpulan A

Hari ini berlangsungnya undian untuk menentukan lawan pasukan negara bagi acara bola sepak (lelaki) di Sukan SEA 2019.

Format dua kumpulan digunakan oleh penganjur dengan 11 pasukan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B.

Harus diakui Malaysia berada di laluan lebih mudah selepas diundi di Kumpulan A bersama-sama Filipina, Myanmar, Kemboja dan juga Timor Leste.

Keputusan Undian Sukan SEA 2019 (Lelaki)

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam Kumpulan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, October 14, 2019

Manakala Kumpulan B pula terdiri daripada Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos, Singapura dan juga Brunei.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dilihat tidak ada masalah untuk layak ke separuh akhir, namun harus berwaspada dengan ancaman pasukan tuan rumah, Filipina.

Dua lagi pasukan, Myanmar dan Kemboja turut mampu menghasilkan kejutan jika diambil mudah.

Thailand adalah juara bertahan, selepas menundukkan pasukan negara dalam temasya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2017.

Bagi acara bola sepak lelaki di Sukan SEA, setiap pasukan akan menurunkan skuad B-22, dengan tiga pemain senior dibenarkan.

Acara bola sepak akan bermula dari 26 November sehingga 10 Disember di Manila dan juga Binan, Filipina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN