Ejen Nafikan Goretzka Sudah Tandatangan Pra-Kontrak Dengan Bayern Munich

Beberapa laporan Bild di Jerman melaporkan Leon Goretzka sudah sah menjadi milik Bayern Munich secara percuma. Goretzka akan menyertai Bayern Munich pada musim hadapan.

Namun begitu, berita itu dinafikan oleh ejen beliau, Jorg Neubauer. Ini sekaligus memberikan isyarat kepada pasukan lain yang pemain itu masih boleh dipancing.

Goreztka bebas menggunakan kuasa ejen untuk perpindahan secara percuma pada musim hadapan. Neubauer berkata:

“Ia tidak benar (Goreztka sudah setuju sertai Bayern). Apabila ada persetujuan dicapai di antara Leon dan kelab lain saya akan maklumkan kepada Schalke terlebih dahulu.”

Pada masa yang sama, Pengerusi Schalke, Christian Heidel berkata:

“Leon tidak memaklumkan apa-apa kepada kami tentang keputusan beliau mahu menukar angin. Saya percaya dengan Leon dan ejen beliau. Saya sudah berhubung dengan mereka semalam.”

Schalke’s midfielder Leon Goretzka/ Photo: PATRIK STOLLARZ/AFP/Getty Images)

Selain daripada Bayern Munich, pasukan Liverpool, Arsenal dan Barcelona juga dikaitkan dengan pemain tengah kebangsaan Jerman itu.

Pemergian Goretzka secara percuma pada musim hadapan bukanlah perkara baru kepada Schalke, melihat pemain berkualiti pergi dengan percuma.

Sebelum ini pemain seperti Choupo Moting, Neustadter, Huntelaar, Matip dan Kolasinac pula dilepaskan secara percuma.

Anda boleh baca artikel kami bertajuk Pengurusan Schalke 04 Yang Menghancurkan Kerja Hebat Akademi & ‘Scouting’!

Ke manakah destinasi seterusnya untuk Leon Goretzka? Adakah mungkin juga beliau memutuskan untuk menerima kontrak baru di Schalke 04?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN