Tajuk artikel ini kedengaran aneh, tetapi ia adalah benar beberapa laporan media di Perancis mengatakan kecederaan pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele adalah akibat pemain itu tidur di sofa di lapangan terbang.
Selepas perlawanan menentang Atletico Bilbao tempoh hari, Dembele dilaporkan terbang ke Senegal.
Punca kecederaan meragukan
Pemain berusia 22 tahun tersebut sebelum itu beraksi 90 minit perlawanan menentang Bilbao yang menyaksikan gol jaringan minit ke-89 Aritz Aduriz menjadi gol kemenangan menewaskan Barcelona 1-0.
Kononnya selepas kembali dari Senegal, pemain itu kemudiannya dikesan mengalami kecederaan harmstring, sekali gus bermakna Dembele terpaksa disisihkan sehingga lima minggu.
FC Barcelona player @Dembouz has been diagnosed with a strain to his left hamstring, and is set to miss the next five weeks with the injury
— FC Barcelona (@FCBarcelona) August 19, 2019
Barcelona dikatakan kecewa bagaimana Dembele boleh mengalami kecederaan tersebut yang dipercayai disebabkan kesan daripada tidur di atas sofa. Dembele dikatakan tidur di sofa lapangan terbang selama lima jam kerana enggan terlepas penerbangan.
Kelab Catalan itu turut dilaporkan kecewa kerana Dembele tidak memaklumkan pasukan perubatan mengenai kondisi beliau selepas perlawanan – sekiranya [kecederaan] disebabkan perlawanan.
Ejen berikan penafian
Laporan media itu bagaimanapun dinafikan oleh Moussa Sissoko yang merupakan ejen kepada Dembele. Malah Sissoko menjelaskan pemain itu tidak ke Senegal seperti didakwa, tetapi berada bersama ibunya di Perancis pada ketika itu.
“Ia tidak benar. Dia tidak pergi ke Senegal. Dia berada di Rennes di rumah ibunya. Saya beri jaminan 100%,” ujar Sissoko kepada Mundo Deportivo.
Barça are fuming with Ousmane Dembélé after the winger covered up the extent of his hamstring injury to spend the weekend in Senegal: https://t.co/U4JrWGw5MR pic.twitter.com/nVwv3PuUAg
— AS English (@English_AS) August 20, 2019
Dembele kembali menyertai latihan bersama Barcelona pada Isnin, dan pada ketika itulah beliau tidak rasa selesa pada harmstring – sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan pemain itu terpaksa berehat sekurang-kurangnya sebulan.
Sissoko juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan Dembele menyembunyikan kecederaan tersebut dari pihak perubatan kelab.