Ejen Morata Dedahkan Pemain Itu Lebih Memilih Ke Man United Berbanding AC Milan

Ke manakah Alvaro Morata akan pergi?

Pemain itu dikaitkan dengan perpindahan sekali lagi musim ini selepas kembali semula ke Real Madrid selepas sebelum itu cemerlang di Juventus.

Manchester United dan AC Milan dikatakan cukup serius untuk mendapatkan beliau.

Namun begitu mengikut laporan Mirror, ejen Morata mendedahkan yang pemain tersebut lebih memilih untuk ke Manchester United berbanding ke AC Milan.

Tambahnya lagi, Manchester United juga dikatakan sebagai sebuah kelab yang “hebat”.

“Apa yang saya boleh katakan adalah perkara ini amatlah penting dan keputusan ini adalah benar.”

Dalam masa yang sama, ejen Morata mengesahkan yang AC Milan ada datang kepada Real Madrid untuk mendapatkan pemain tersebut.

Namun begitu, apa yang ditawarkan oleh AC Milan terhadap Real Madrid tidaklah begitu memuaskan hati mereka.

Morata dikatakan mahu meninggalkan Real Madrid atas alasan mahu mendapatkan lebih banyak peluang menjadi kesebelasan utama.

Di Real Madrid, peluang beliau terhad apabila terpaksa menjadi penyerang pilihan kedua dibelakang Karim Benzema.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN