CIES Keluarkan Senarai 10 Pemain Paling Bernilai Di Dunia, Neymar Mendahului Senarai

Laman CIES Football Observatory telah mengeluarkan satu senarai yang cukup mengejutkan mengenai nilai para pemain bola sepak di dunia ini.

Mereka menilai jumlah para pemain bola sepak di dunia ini namun dalam cara yang agak kompleks.

Pihak CIES Football Observatory menilai dari 2000 yuran perpindahan. Ia juga dikira dengan melibatkan posisi pemain, kelab, negara asal, umur dan juga kontrak.

Kualiti bagi pemain pula dikira menerusi gabungan umur, bilakah kontrak pemain itu akan tamat untuk kira harga sebenar pemain itu di pasaran.

Neymar termahal

Hasil daripada perkiraan tersebut, Neymar merupakan pemain paling bernilai di dunia ini.

Beliau dinilaikan dengan €210.7 juta jika ada kelab yang mahukan beliau sebagai pemain mereka.

Selain itu, hasil dari perkiraan ini juga menyaksikan duo pemain Tottenham Hotspur iaitu Dele Alli serta Harry Kane menduduki kedudukan 3 terbaik.

Pemain terbaik dunia iaitu Lionel Messi cuma mampu menduduki tangga ke-4 sahaja.

Sementara Cristiano Ronaldo tidak berada di dalam kedudukan 10 pemain paling bernilai dunia ini. Mengejutkan!

Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik dunia mengikut analisis dari pihak CIES Football Observatory:

  1. Neymar – Barcelona (€210.7 juta)
  2. Dele Alli – Tottenham Hotspur (€155.1 juta)
  3. Harry Kane – Tottenham Hotspur (€153.6 juta)
  4. Lionel Messi – Barcelona (€151.7 juta)
  5. Antoine Griezmann – Atletico Madrid (€150.3 juta)
  6. Luis Suarez – Barcelona (€140.8 juta)
  7. Paul Pogba – Manchester United (€134.3 juta)
  8. Gonzalo Higuain – Juventus (€120.2 juta)
  9. Eden Hazard – Chelsea (€117.2 juta)
  10. Paolo Dybala – Juventus (€115.3 juta)

Untuk mengetahui senarai penuh nilai 110 pemain terbaik dunia, anda boleh ke pautan di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN