Berita saga perpindahan Saddil Ramdani nampaknya belum lagi padam walaupun Sabah FC sudah mengesahkan tidak akan melepaskan pemain import dari Indonesia itu pada jendela perpindahan Januari ini.
Saddil sebelum ini dikatakan menarik minat kelah Liga Serbia, FK Novi Pazar yang mahu mendatangkan pemain itu secara percuma.
Permintaan Novi Pazar bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Sabah FC kerana berpendapat ianya sukar untuk mendapatkan pengganti Saddil secara tiba-tiba tatkala pasukan sedang sibuk melakukan persiapan untuk musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula pada Mac hadapan.
Pendedahan Alexander Talpes
Melalui sebuah laporan yang disiarkan oleh Bola Kompas, ejen kepada pemain, Alexander Talpes mendedahkan Sabah FC menuntut yuran perpindahan berjumlah €300,000 daripada FK Novi Pazar jika benar mahukan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.
FK Novi Pazar bagaimana pun enggan membayar jumlah tersebut kerana berpendapat pemain itu boleh didapatkan secara percuma.
Serbian SuperLiga side, FK Novi Pazar, are strongly interested with Indonesian youngster, Saddil Ramdani!
(INDOSPORTcom) pic.twitter.com/5svu9qis4g
— footballIndonesia (@footballinanews) January 10, 2022
“FK Novi Pazar tidak mau bayar. Karena perjanjian tidak seperti itu,” kata Talpes.
Apakah bentuk perjanjian di antara Saddil dan Sabah FC yang dimaksudkan oleh Talpes itu?
Sabah FC langgar kontrak?
Melalui satu laporan berasingan oleh media yang sama, Saddil juga mendedahkan Sabah FC telah melanggar kontrak dan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Menurut Saddil, dalam terma kontrak di antara beliau dan Sabah FC terdapat satu terma yang membenarkan beliau meninggalkan kelab itu secara percuma sekiranya mendapat tawaran daripada Jepun, Korea Selatan atau pun Eropah.
Gara-gara Masalah Duit Rp4,9 Miliar, Saddil Ramdani Batal Main di Eropa https://t.co/hjQerw7lPk
— BolaSport.com (@bolasportdotcom) January 14, 2022
Saddil Ramdani berkata perjanjian itu dipersetujuii ketika dirinya menyambung kontrak dengan Sabah FC pada Jun 2021.
“Sebelumnya, Sabah FC menyerahkan kontrak tambahan dan kami baca semuanya,” kata Saddil.
“Setelah berkomunikasi dengan coach Kurniawan Dwi Yulianto, saya ingin menambahkan kata-kata [terma] di kontrak tersebut.
“[Terma itu adalah] bahwa apabila ada kelab dari Eropah, Jepun, dan Korea Selatan membuat tawaran, Sabah FC harus melepaskan saya kepada percuma.
“Ada buktinya pada saya, coach Kurniawan, dan pengurus Sabah FC,” kata Saddil.
Di sebalik semua kekeliruan tersebut, Saddil dipercayai menerima hakikat beliau perlu terus kekal di Sabah FC pada musim ini setelah pemain tersebut mulai menjalani latihan bersama kelab dari Borneo itu.