Ada masanya sifat kemanusiaan perlu ada dalam segelintir manusia seperti ini. Ejekan kadangkala boleh menimbulkan api kemarahan atau dendam.
Kelab Uruguay, Nacional telah dihukum CONEMBOL baru-baru ini kerana sikap sekumpulan penyokong mereka yang ‘nakal’. Penyokong kelab itu telah membuat ejekan kepada kelab Brazil, Chapecoense.
Pada November 2016, sekumpulan pemain dan pegawai kelab Chapecoense telah terbunuh dalam satu nahas kapal terbang. Turut terbunuh ialah beberapa orang pegawai media.
Mereka dalam perjalanan menuju ke final Copa Sudamericana untuk perlawanan pertama. Tetapi, pesawat malang itu telah terhempas.
Pada mulanya.
Penyokong Nacional telah membuat ejekan pada perlawanan kelayakan Copa Libertadores pada 31 Januari lalu. Pada ketika itu, penyokong mereka bertandang ke Brazil untuk perlawanan pertama.
Nacional menang 1-0 ke atas kelab juara Copa Sudamericana 2016 itu. Pada perlawanan kedua pula, Nacional menang juga melalui jaringan yang sama seminggu kemudian.
Nacional mara ke pusingan seterusnya. Chapecoense tersingkir daripada saingan Copa Libertadores.
Kemenangan tiada makna
Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) telah pun menyiasat kejadian memalukan ini. Tindakan tegas telah diambil oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan itu.
Nacional telah didenda $80 ribu kerana tindakan penyokong mereka. Tetapi, CONEMBOL telah memberi ruang kepada kelab tersebut untuk membuat rayuan.
Hukuman kedua ialah CONMEBOL mengenakan sekatan kepada penyokong Nacional untuk hadir ke perlawanan tempat lawan. Ini melibatkan kesemua perlawanan di bawah pentadbiran CONEMBOL, yakni Copa Libertadores.
Namun begitu, sekatan ini hanya pada 3 perlawanan tempat lawan sahaja.
Tegas
Chapecoense menduduki tangga ke-8 Serie A Brazil. Mereka telah diberikan tiket untuk bermain dalam pusingan kelayakan Copa Libertadores musim ini.
Pujian harus diberikan kepada CONMEBOL kerana bertindak tegas. Mereka terpaksa bertegas dalam isu ini agar perkara ini tidak berulang. Ya, kejadian itu masih lagi membayangi ramai pihak terutamanya di benua itu.
Agak dikesalkan juga kerana ada penyokong yang tidak bersifat sensitif dan bertindak melulu. Seperti orang tua berkata, ‘umpama seekor kerbau membawa lumpur, habis semua sekawan terpalit.’