‘Eid In The Park’ – Blackburn Rovers Jadi Kelab Inggeris Pertama Anjur Solat Hari Raya Di Padang Stadium

Blackburn Rovers Solat Hari Raya

Blackburn Rovers bakal menjadi kelab pertama di England yang menganjurkan solat sunat hari raya untuk masyarakat Muslim tempatan di padang stadium utama mereka.

Perkara tersebut telah pun diumumkan oleh kelab tersebut pada minggu lalu menerusi akaun media sosial rasmi mereka yang menjemput penyokong untuk bersama-sama keluarga menghadiri solat jemaah di Ewood Park.

“Untuk beberapa tahun sebelum ini, Rovers telah menaja sambutan hari raya yang diadakan di Corporation Park dan pihak kelab berbesar hati untuk menzahirkan sokongan dengan menganjurkan solat hari raya pada tahun ini di padang Ewood Park,” ujar kenyataan tersebut.

“Sambutan istimewa ini dijangka akan menarik lebih 1,000 orang penyokong ke stadium, ia adalah sebahagian daripada siri majlis-majlis dibawah payung #OneRovers.

“Solat hari raya di Ewood Park terbuka kepada semua keluarga tidak kira lelaki atau perempuan. Kepada mereka yang hadir, diminta untuk membawa sejadah sendiri. Pihak kelab juga akan menyediakan bas dari Corporation Park dan Queen’s Park.”

Stadium akan dibuka bermula jam 8.30 pagi diikuti ucapan imam dan seterusnya solat akan berlangsung pada jam 9.30 pagi.

Langkah yang diambil oleh kelab tersebut telah mendapat pujian oleh komuniti Muslim bukan sahaja dalam kalangan komuniti di Lanchashire, tetapi juga di seluruh negara Eropah tersebut yang melihat ia sebagai langkah positif untuk mewujudkan persefahaman antara masyarakat yang berbeza budaya dan adat.

Seorang pengguna Facebook, Rukeiya Mohmed berterima kasih kepada pihak pengurusan Blackburn Rovers yang berjaya membuktikan toleransi agama yang tinggi yang akan membina komuniti yang saling bertolak ansur.

“Ini merupakan langkah yang cukup menarik oleh Blackburn Rovers, terima kasih. Mempromosikan inklusiviti dan meluaskan penyertaan komuniti, ia pastinya cukup istimewa terutama buat anak-anak kecil yang menyokong Blackburn Rovers,” ujar Rukeiya.

“Solat hari raya adalah cukup bermakna buat umat Islam, yang dilakukan dua kali setahun. Ia sebagai tanda berakhirnya Ramadan. Sungguh indah apabila ada kelab bola sepak tempatan yang membenarkan padang stadium utama mereka digunakan untuk upacara ini.

“Pastinya suasana akan menjadi cukup menakjubkan. Saya juga menggalakkan penyokong buat Islam untuk sama-sama hadir mengambil bahagian sebagai pemerhati sebagai bukti bahawa bola sepak boleh menyatukan orang ramai walaupun berbeza agama.”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Blackburn Rovers telah memulakan beberapa inisiatif untuk mendekatkan kelab dengan komuniti.

Antaranya adalah menganjurkan program NextGen dengan memperuntukkan beberapa kawasan di tempat duduk stadium untuk bagi menjemput murid sekolah, jemaah Masjid dan anggota kumpulan masyarakat untuk hadir menonton perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN