‘Nantikan Magis Bernabeu’ – Tumbang Di Etihad, Benzema Optimis Peluang Real Madrid Ke Final UCL

Kekalahan 4-3 kepada Manchester City dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi telah memaksa Karim Benzema untuk meletakkan harapan tinggi kepada aura Santiago Bernabeu untuk aksi timbal balik selepas ini.

Aksi berbalas gol di Stadium Etihad menyaksikan City menjaringkan dua gol awal oleh Kevin de Bruyne dan Gabriel Jesus sebelum Benzema merapatkan kedudukan.

Pada separuh masa kedua, Phil Foden terus memastikan The Cityzen terus selesa, namun Real terus mengejar menerusi Vinicius Junior.

Gol keempat City dijaringkan gol Bernardo Silva, sementara jaringan penalti Benzema pada penhujung perlawanan memastikan Real membawa pulang bekalan tiga gol.

Penyerang antarabangsa Perancis itu melaungkan keyakinan bahawa pasukannya akan menampilkan aksi yang lebih baik di hadapan penyokong sendiri untuk mara ke perlawanan akhir.

“Saya ingatkan para penyokong untuk bersedia melihat sesuatu yang magikal, kita akan menang aski kedua di Santiago Bernabeu,” ujar Benzema dalam temubualnya bersama Movistar Plus.

“Tewas bukanlah perkara yang baik dan kami sememangnya berharap untuk menjuarai Chamions League musim ini. Oleh sebab itu, kami tidak akan turunkan senjata dan akan terus berjuang sehingga titisan darah terakhir.

“Saya seorang yang optimis. Kami sedang bermain di peringkat tertinggi dan kami berdepan dengan pasukan hebat di stadium mereka. Kami ketinggalan 2-0 tetapi mental kami cukup kuat untuk bangkit dan melawan.”

Sementara itu pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui beliau tidak pernah meragui kemampuan kaptennya itu untuk menjaringkan gol dalam perlawanan-perlawanan penting.

Namun beliau agak kecewa dengan kesilapan-kesilapan yang menyebabkan pasukannya bolos.

“Kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik. Ini bukanlah keputusan yang baik kerana mereka telah menembusi kami dengan empat gol, ini petanda buruk,” ujar jurulatih warga Itali tersebut.

“Kerja berat menanti kami untuk aksi timbal balik selepas ini. Tetapi kami yakin kerana percaya dengan magis Bernabeu.”

Perjalanan The Los Blancos di peringkat kalah mati ternyata tidak mudah selepas mereka sebelum ini telah pun menyingkirkan Paris Saint Germain dan kemudian mengecewakan juara bertahan Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN