EFL Wajibkan Seorang Pemain Akademi Kelab Didaftarkan Dalam Perlawanan

Mulai musim 2018/19, kelab English Football League (EFL) mesti memasukkan minimum seorang pemain akademi yang dibangunkan (club-developed) dalam senarai pasukan utama (teamsheet).

Pemain ‘club-developed’ bererti pemain yang didaftarkan oleh kelab tersebut sekurangnya setahun sebelum berakhir musim liga bawah 19 tahun.

Contoh mudah: Pemain A dari Malaysia berumur 18 tahun. Beliau telah menyertai akademi bersama Exeter City. Exeter City telah mendaftarkannya sebagai pemain utama kelab. Pengurus kelab tersebut dimestikan memasukkannya sebagai salah satu pemain untuk perlawanan liga.

Ia mirip kepada peraturan ‘homegrown’ English Premier League tetapi EPL tidak mewajibkan peraturan minimum seorang pemain akademi mesti dimasukkan dalam ‘teamsheet.’

Tetapi, tidak dipastikan lagi adakah peraturan ini terpakai untuk Carabao (League Cup) dan Checkatrade (League Trophy).

Sudah dipersetujui

Peraturan ini telah dipersetujui oleh 72 kelab yang beraksi dalam EFL. Menurut Ketua Eksekutif EFL, Shaun Harvey bahawa beliau yakin keputusan ini akan memberikan impak positif.

Tambahnya lagi, ia akan menjadi peluang terbuka untuk pemain muda memajukan diri dari skuad belia kepada skuad senior.

Peraturan lama

Sebelum ini, setiap kelab mesti mendaftar minimum 6 pemain ‘home-grown’ yang daripada mana-mana akademi kelab England atau Wales untuk 3 musim atau 36 bulan.

Anda boleh baca peraturan Home-grown di sini.

6 pemain tersebut mestilah didaftarkan sebelum umur mereka menjangkau 21 tahun.

Maklumlah, EFL banyak mengharungi jadual padat. Hatta League One dan Two pun mengharungi tiga kejohanan kalah mati yakni Piala FA, Carabao (League Cup) dan Checkatrade (League Trophy).

Contoh terbaik perlaksanaan peraturan lama ini ialah Ben Brereton. Pemain Nottingham Forest ini membuat debut untuk kelabnya pada Januari. Kini, daripada 12 penampilan untuk Forest, beliau telah menjaringkan 3 gol.

Konklusi

Peraturan ini mengingatkan kami terhadap peraturan di Liga Malaysia. Peraturan ini penting bagi menjamin pemain muda dapat beraksi dengan cukup masa.

Kesannya kualiti permainan akan meningkat. Malah, jika lebih baik, ia dapat memberikan sumbangan terbaik dalam tugasan antarabangsa.

Baca juga: Penyokong Kedah Desak KFA Buat Aduan Pengadilan Lemah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN