Penyokong Kedah Desak KFA Buat Aduan Pengadilan Lemah

Penyokong Kedah rata-rata jelas tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan ketika perlawanan Kedah dan PKNS tempoh hari.

Mereka mahukan KFA melakukan aduan rasmi tentang isu pengadilan yang longgar.

Ini selepas beberapa siri terjahan dan kekasaran oleh pemain-pemain PKSN di dalam perlawanan tersebut namun tidak dikenakan tindakan lebih tegas seperti kad disiplin termasuk kad merah.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah dan PKNS terikat 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Selepas perlawanan tersebut, Liridon Krasniqi mengeluarkan kenyataan panas, mempertikaikan layakkah pasukan seperti PKNS beraksi di Liga Super?

Dipetik dari Stadium Astro Liridon berkata:

“Kami tidak perlu berkata banyak. Mereka ini tidak bermain bola sepak, langsung tiada corak permainan.”

“Bagi saya, mereka ini tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super.”

“Kedua, mutu pengadilan cukup mengecewakan. Ini adalah kali ketiga kami berdepan situasi seperti ini. Kalau ini adalah sukan ragbi, ia mungkin bukan satu isu tetapi ini adalah bola sepak,”

2 pemain Kedah, Zac Anderson dan Syawal Nordin meneruskan perlawanan dengan kepala berbalut.

Kita semua sedia maklum, insiden menyiku kepala sangat dipandang serius kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di kepala dan traumatik.

Zac Anderson mendakwa PKNS bukan bermain untuk menang, mereka hanya mahukan seri dalam perlawanan ini.

Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe meminta agar pengadil menilai semula aksi kekasaran melibatkan Ronaldinho.

Tinjauan kami di beberapa laman rasmi KFA, rata-rata penyokong Kedah tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dikatakan menjadi punca perlawanan tersebut ganas.

Mereka juga berpendapat, pengadil perlu lebih tegas di dalam beberapa insiden kekasaran supaya perlawanan lebih terkawal.

Oleh itu, mereka mencadangkan agar KFA membuat aduan rasmi tentang isu ini supaya pada masa akan datang pengadil lebih tegas.

Jika tidak, takut ada kecederaan serius yang akan berlaku kepada pemain.

Pengurus PKNS Mahfizul Rusydin Abdul Rasid menyatakan, aksi agresif dan keras itu kerana padang licin di Darul Aman.

Ini adalah beberapa rangkuman aksi kekasaran yang berlaku dalam perlawanan tersebut.

Buat masa ini, KFA masih belum ada cadangan untuk membuat aduan rasmi untuk perkara ini.

Baca juga: FAM Akan Lantik Jurulatih Luar Untuk Beri Didikan Kepada Jurulatih Tempatan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN