Hari Terakhir EFL League Two: Blackpool Bergelut Untuk Slot Play-Off Ke League 1

League Two musim ini, ‘final day’ amat memberi debaran kepada kelab yang mencabar mahkota liga. Begitu juga dengan slot play-off di samping untuk selamat dari disingkir ke National League.

Blackpool antara kelab yang menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, mereka pernah beraksi sehingga ke EPL tidak berapa lama dahulu.

Carta terkini League Two selepas 45 perlawanan. Sumber: BBC.

3 Penjuru: Siapa Juara?

Meskipun 3 kelab ini sudah sah ke League One, mereka hanya perlu bersaing untuk merebut kejuaraan League Two. Plymouth Argyle berada di puncak liga dengan 86 mata. Argyle akan bertemu Grimsby Town.

Doncaster Rovers di tangga kedua dengan 85 mata dan akan bertemu Hartlepool United. Manakala Portsmouth di tangga ketiga dengan 84 mata bakal beraksi menentang Cheltenham Town.

Rasanya pengurusan EFL kena sediakan helikopter untuk membawa trofi League Two untuk dijulang oleh salah satu daripada 3 kelab ini.

Slot Play-off milik siapa?

League Two menawarkan kelab tangga ke-4 hingga ke-7 bakal beraksi dalam play-off. Luton Town dan Exeter City sudah sah beraksi di play-off.

Tetapi…

Lihatlah kelab yang berada di tangga ke-6 hingga ke-12. Jurang mata (dan juga kutipan perbezaan jaringan) amat rapat. Carlisle United dan Blackpool yang masing-masing di tangga ke-6 dan ke-7 boleh terjejas.

Ya dengan siapa lagi? Ancaman oleh Stevenage (tangga ke-8), Cambridge United (ke-9), Colchester United (ke-10). Begitu juga dengan Wycombe Wanderers (ke-11) dan Mansfield Town (ke-12).

Aksi Cambridge United menentang Wycombe Wanderers pada sebelum ini. Sumber: Mirror UK.

Menariknya antara 7 kelab disebutkan di atas tadi, akan ada bertembung sesama sendiri. Kelab dimaksudkan tersebut ialah Wycombe Wanderers akan bertembung dengan Cambridge United.

Seperti apa yang saya pernah bicarakan di sebuah rancangan televisyen tidak lama dahulu, jangan tinggalkan tempat duduk anda sehingga wisel tamat perlawanan dibunyikan!

Siapa akan turun ke National League?

Turun ke National League sebenarnya memberikan sedikit tekanan kepada kelab League Two. Mereka akan kehilangan bye Pusingan 1 Piala FA, malah terpaksa beraksi dalam Pusingan Kelayakan.

Selain itu, mereka akan bersaing dalam FA Trophy. Walaupun mereka tidak akan beraksi dalam EFL Cup dan EFL Trophy.

Newport County dan Hartlepool United masing-masing berada di tangga ke-22 dan ke-23 carta League Two. Dua kelab ini dipisahkan dengan dua mata. Agak perit jika Newport County turun ke National League setelah beberapa musim bermain di divisyen ini.

Pemain Leyton Orient selepas kelab mereka sah turun ke National League. Sumber: leytonorient.com.

Leyton Orient sudah sah bermain di National League musim hadapan kerana berada di tangga terbawah League Two.

Perlawanan ke-46 / terakhir EFL League Two

Berikut merupakan perlawanan terakhir League Two:

Blackpool lwn Leyton Orient

Colchester United lwn Yeovil Town

Crawley Town lwn Mansfield Town

Crewe Alexandra lwn Barnet

Exeter City lwn Carlisle United

Grimsby Town lwn Plymouth Argyle

Hartlepool United lwn Doncaster Rovers

Luton Town lwn Morecambe

Newport County lwn Notts County

Portsmouth lwn Cheltenham Town

Stevenage lwn Accrington Stanley

Wycombe Wanderers lwn Cambridge United

Baca juga: Isu Tunggakan Gaji, Melaka Timbang Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Labinot Harbuzi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN