English Football League (EFL) menyatakan mereka berpuas hati dengan penjelasan Wolves berkaitan tuduhan ada hubungan mencurigakan melibatkan kelab tersebut dengan ejen super, Jorge Mendes.
Bulan lalu, beberapa kelab di Liga Kejuaraan mendesak agar EFL menyiasat ada pengaruh tidak sepatutnya di Molineux melibatkan Jorge Mendes.
Mendes adalah ejen yang berprofail tinggi dan berkhidmat untuk nama-nama seperti Jose Mourinho dan Cristiano Ranaldo.
Medes tiada sebarang jawatan di kelab tersebut, memiliki ramai klien yang berada di Wolves termasuk jurulatih Nuno Esporito Santo, Ivan Cavaleiro (pemain) dan 2 pemain yang dipinjam dari Atletico Madrid iaitu Ruben Neves dan Diogo Jota.
Pemain-pemain tersebut telah menjadi nadi penting Wolves untuk kembali semula ke EPL. Siasatan sudah dilakukan oleh EFL dan mendapati Wolves bersih daripada tuduhan salah laku.
Beberapa kelab telah mempertikaikan sama ada perpindahan klien Mendes ke Wolves mengikuti piawaian dan garis panduan yang dutetapkan? Mereka juga ingin tahu, apa kepentingan Mendes dalam kelab tersebut.
Mendes kelihatan bersungguh-sungguh membantu Wolves pada musim ini.
EFL mengesahkan Mendes tiada sebarang jawatan ataupun kepentingan dalam Wolves. EFL juga berpendapat kehadiran Mendes di Wolves sebagai relevan kerana beliau ada klien untuk dijaga.