Coventry Juara Trofi EFL Chekatrade Yang Dipalit Kontroversi Penyertaan Pasukan B EPL

Semua maklum, EFL Checkatrade Trophy sebelum ini membenarkan kelab EFL League One dan League Two sahaja menyertainya.

Tetapi, ada pihak ‘gatal tangan’ membenarkan kelab Premier League dan EFL Championship menghantar pasukan B atau akademi.

Boikot begitu mendadak dalam perlawanan kejohanan ini. Ada perlawanan pusingan awal dihadiri ratusan penyokong sahaja!

Jika anda masih ingat, kami pernah mengisahkannya pada sebelum ini:

Mengenali Apa Itu Trofi EFL, Dan Kenapa Ia Jadi Sasaran Boikot Di England?

Baca juga di sini:

English Football League Trophy Diboikot Teruk Penyokong Kerana Jemput Pasukan Premier League

Namun, pada perlawanan akhir yang diadakan pada semalam (2 April) menemukan dua kelab League One, Coventry City dan Oxford United.

Oxford United musim lalu tewas kepada Barnsley dalam final kejohanan sama. Mereka ingin menjulang trofi itu buat kali pertama.

Begitu juga buat Coventry City yang inginkan trofi selepas kemarau 30 tahun. Kali terakhir mereka menjulang kejuaraan ialah pada Piala FA 1987.

Coventry City mendahului perlawanan minit ke-11 dek gol Gael Bigirimana. Kemudiannya mereka menambah gol pada minit ke-55 oleh George Thomas.

Oxford United dihadiahkan gol saguhati oleh pemain gantian, Liam Sercombe pada minit ke-75. Namun, gol itu tidak dapat menghalang Coventry City menguasai perlawanan.

Kemenangan sebagai tonik 

Kemenangan Coventry dalam saingan EFL Checkatrade Trophy akan memberikan sedikit ketenangan buat penyokong. Coventry kini bergelut untuk kekal dalam saingan EFL League One.

Jika silap langkah, mereka akan turun ke EFL League Two.

Tiada kemenangan buat pasukan B

Meskipun kejohanan ini disertai pasukan B kelab Premier League dan Championship, ia seolah sudah tercatat. Tiada pasukan B akan menang kejohanan ini.

Pasukan akademi Swansea City merupakan pasukan paling jauh melangkah dalam kejohanan ini dari kategori pasukan B. Mereka tersingkir pada perlawanan suku akhir.

Seperti tujuan asal piala ini diperkenalkan pada lebih 30 tahun dahulu, ia memberi peluang kelab divisyen bawah meraih sesuatu kejuaraan.

Ada desas-desus mengatakan format ini hanya bersifat sementara. Masa depan format ini akan dibincangkan dalam mesyuarat pada 11 April (minggu hadapan).

Pada pandangan penulis, lebih baik menjemput pasukan National League daripada menjemput pasukan akademi Premier League dan Championship.

Tujuannya, kecantikan kejohanan ini tidak tercemar dengan idea reformasi yang merepek!

Baca juga: TMJ: Pemain Kebangsaan Tiada Traveling Kit, Baju Latihan Tak Cukup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN