EFL Championship: Wolves Sahkan Kedudukan Enam Pasukan Teratas

Wolves

Saingan EFL Championship semakin hampir ke penghujungnya. Hampir kesemua 24 kelab sudah mengharungi 40 perlawanan.

Mereka akan bakal menghadapi lagi 6 perlawanan untuk menentukan nasib pasukan masing-masing.

Wolves tempah slot

Wolverhampton Wanderers yang dilihat dominan hampir keseluruhan musim ini telah sah akan beraksi paling kurang di play-off.

Itu pun sekiranya mereka gagal mempertahankan kedudukan di dua kedudukan teratas.

Wolverhampton seri 2-2 menentang Hull City pagi tadi di Molineux. Diogo Jota menjaringkan penalti untuk Wolves pada minit ke-18. Kemudiannya, David Meyler menyamakan kedudukan untuk Hull pada minit ke-37.

Minit ke-78 menyaksikan, Hull mendahului permainan kerana pertahanan Wolves, Ryan Bennett terjaringkan gol sendiri. Mujurlah Oskar Buur menyelamatkan Wolves dengan gol pada minit ke-83.

Kini Wolves mengutip 86 mata selepas 40 perlawanan. Mereka mencatat 26 kemenangan dan 8 seri.

Cardiff mencabar

Cardiff terselamat daripada tewas di tempat lawan. Sumber: WSBuzz.

Kelab di tangga kedua, Cardiff City kembali menghidupkan peluang mencabar Wolves. Namun begitu, mereka berhempas pula untuk seri ketika menentang Sheffield United pada kelmarin.

Sheffield United berada di hadapan melalui gol Leon Clarke. Penyerang Blades itu menemui sentuhan pada minit ke-28.

Ketika perlawanan dilihat berpihak kepada Sheffield United, pemain tengah Cardiff, Anthony Pilkington menjaringkan gol pada minit kecederaan.

Gol itu berjaya menjadikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Mereka berkongsi 1 mata untuk dibawa pulang.

Cardiff sudah mengutip 80 mata daripada 39 perlawanan dan mempunyai 1 perlawanan dalam tangan. Mereka meraih 24 kemenangan dan 8 seri. Namun Bluebirds masih belum lagi selamat daripada zon 6 teratas.

Hujung minggu ini Wolves akan bertemu Cardiff untuk pertemuan tumpuan. Ini kerana kedua-dua kelab berada di tangga dua teratas EFL Championship.

Sunderland bangkit

Sunderland tewas kepada Sheffield Wednesday pada kelmarin. Sumber: Chronicle Live.

Sunderland memperbaiki kedudukan dalam beberapa perlawanan terakhir. Itu pun dibantu dengan pesaing terdekat mereka, Burton Albion yang sering keciciran mata.

Black Cats kini berada di tangga ke-24 EFL Championship. Daripada 40 perlawanan mereka menang 7 dan seri 10 kali.

Mungkin Sunderland ada peluang untuk kekal dalam EFL Championship. Ini disebabkan perlu sekurang-kurangnya 8 mata daripada baki 6 perlawanan dengan harapan pesaing lain kehilangan mata.

Berikut merupakan kedudukan terkini EFL Championship.

Kedudukan EFL Championship setelah 40 perlawanan.

Mungkinkah Wolves akan kembali ke saingan EPL bersama Cardiff City? Atau akan ada perubahan bagi slot 6 teratas?

Menarik untuk disaksikan persaingan bagi merebut tiga slot ke EPL ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN