EFL Championship: Sheffield United Dipromosi, Leeds United Sekadar Terikat 1-1

Sheffield United sah kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL). Mereka kembali semula ke liga itu setelah menang perlawanan semalam menentang Ipswich.

Namun begitu, mereka terpaksa menunggu keputusan perlawanan antara Leeds United menentang Aston Villa di Elland Road.

Goal aneh

https://youtu.be/g_yYe9lKcHA?t=123

Gol penyamaan Aston Villa melalui Albert Adomah pada minit ke-77 telah menjadi buah mulut peminat bola sepak beberapa jam lalu.

Pengurus Leeds, Marcelo Bielsa dilaporkan mengarahkan pemain Leeds tidak mengasak percubaan pemain lawan. Malah Albert Adomah sendiri diberi laluan mudah untuk menjaringkan gol.

Panas

https://www.youtube.com/watch?v=HO3dnr2MGds

Perlawanan ini tiba-tiba menjadi panas apabila pemain Villa, Jonathan Kodija dikatakan telah dijatuhkan oleh Liam Cooper, pertahanan Leeds. Tetapi, daripada sudut lain, Kodija terjatuh ketika sedang mendapatkan bola daripada Cooper.

Kemudiannya Cooper membuat hantaran kepada rakan sepasukannya, Tyler Roberts. Roberts seterusnya memberikan bola kepada Mateusz Klich.

Klich menjaringkan gol pada minit ke-72. Klich seterusnya dikasari oleh salah seorang pemain Villa. Maka, berlakulah pergaduhan beberapa pemain daripada kedua-dua pasukan.

Salah orang?

Anwar El Ghazi, salah seorang pemain Aston Villa dibuang padang kerana menyiku penyerang Leeds, Patrick Bamford sehingga terjatuh. Diberitakan semasa ulang tayang disiarkan, Bamford hanya berlakon sahaja.

Bagi mengelakkan kekecohan menjadi lebih parah, Marcelo Bielsa telah menjerit kepada anak buahnya agar memberi peluang kepada pemain Villa menjaringkan gol.

Keputusan 1-1 ini berlanjutan sehingga tamat masa perlawanan. Kedua-dua kelab ini sah akan beraksi dalam play-off untuk slot terakhir promosi ke Liga Perdana Inggeris bagi musim hadapan.

Semasa ditemuramah, pengurus Aston Villa, Dean Smith memberitahu mereka akan membuat rayuan terhadap kad merah Anwar El Ghazi sekiranya tindakan penggantungan pemain itu tidak ditarik balik.

Siapa naik selepas ini?

Kini, kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam peringkat play-off. Adakah Leeds United atau Aston Villa akan kembali pula ke Liga Perdana Inggeris untuk musim hadapan?

Penyokong Sheffield United sedang meraikan detik indah kini, dibantu pula oleh musuh ketat sendiri, Leeds!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN