Quantcast

BERITA

EFL Championship: Kisah Berbeza Dua Kelab East Anglia, Norwich City Kini Dahului Carta Liga

EFL Championship musim ini sangat sengit. Difahamkan sudah lebih 5 kali kedudukan tangga pertama bertukar milik.

Juara dan naib juara EFL Championship akan dipromosi ke Liga Perdana Inggeris secara automatik. Kelab tempat ketiga hingga keenam akan beraksi dalam play-off.

Peluang Norwich City?

Norwich kini mendahului carta EFL Championship setelah menewaskan Swansea di Liberty Stadium semalam. Norwich mendahului melalui gol sendiri pemain Swansea, Mike van Der Hoorn pada minit ke-16.

Kemudiannya, Emiliano Buendia menambah gol kedua Norwich pada minit ke-24. Marco Stiepermann menambah jaringan ketiga buat pasukan pelawat pada minit ke-37.

4 minit sebelum rehat, Swansea merapatkan jurang jaringan menerusi Daniel James. Teemu Pukki melengkapkan kemenangan bergaya Norwich City dengan gol keempat Canaries pada minit ke-60.

Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 4-1 memihak Norwich City.

Elak

Pengurus Norwich, Daniel Farke menolak untuk membincangkan terlalu awal mengenai kejuaraan pada musim ini.

Beliau memberitahu kelab lain berpotensi akan memenangi liga. Malah, ada kelab lain ingin menewaskan mereka dalam saingan musim

5 perlawanan terakhir Canaries dalam saingan EFL Championship berakhir dengan kemenangan. Mereka mengutip 36 mata selepas 18 perlawanan daripada 11 kemenangan dan 3 seri.

Middlesbrough dibezakan dengan 2 mata di belakang Norwich. Boro meraih 9 kemenangan dan 7 seri selepas bermain 18 perlawanan.

Jiran malang

Pemain West Bromwich Albion meraikan kejayaan menewaskan Ipswich Town. Sumber: Flipboard.com

Seteru Norwich di East Anglia, Ipswich Town terus menduduki tangga tercorot liga. Biarpun mereka membawa masuk bekas pengurus Canaries, Paul Lambert pada bulan lepas.

Ipswich ditewaskan oleh West Bromwich Albion pada perlawanan Jumaat malam. Gol Baggies disumbangkan oleh Jay Rodriguez dan Harvey Barnes.

The Tractor Boys mendapat gol saguhati daripada Kayden Jackson.

Ipswich hanya meraih 1 kemenangan dan 8 seri sepanjang 18 perlawanan dihadapi musim ini. Nampaknya kisah berbeza bagi dua seteru sesama East Anglia ini.

Berikut merupakan carta terkini bagi 7 pasukan teratas EFL Championship:

Adakah Norwich akan terus mengungguli EFL Championship? Atau akan dipintas pada saat-saat akhir?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!