Nampaknya idea mewarnakan bilik persalinan pasukan lawan dengan warna merah jambu gagal pada percubaan pertama.
Leeds United bertandang ke Carrow Road untuk aksi kelima EFL Championship musim ini menentang Norwich City.
Cantas Kenari
Norwich melepaskan gol pertama perlawanan yang dijaringkan oleh Mateusz Klich pada minit ke-21. 5 minit kemudian, Leeds menggandakan jaringan melalui gol Ezgjan Alioski.
Kelebihan dua gol buat Leeds itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pablo Hernandez menambah gol ketiga untuk Leeds bagi memalukan tuan rumah di hadapan penyokong sendiri. Norwich gagal menemui sebarang jaringan bagi mengubah keputusan perlawanan.
Kemenangan Leeds 3-0 ke atas Norwich menjadikan mereka mulai menduduki tangga EFL Championship setelah 5 perlawanan. Mereka seri sekali dan menang 4 perlawanan serta mengutip 13 mata
Leeds berada di tangga teratas disebabkan kelebihan defisit jaringan dikutip berbanding Middlesbrough yang meraih 13 mata sepanjang kempen musim ini.
Derby bergelut?
Pasukan kendalian Frank Lampard bermula sederhana musim ini, mereka hanya menang 3 daripada 5 perlawanan. Tetapi, mereka kini berada di kedudukan keenam dengan kutipan 9 mata.
Mereka berada di kedudukan tersebut kerana mempunyai pungutan defisit gol yang baik daripada Sheffield United.
Semalam, Rams menewaskan Preston di Pride Park dengan skor 2-0. Gol Derby disumbangkan oleh Mason Mount dan Richard Keogh.
Mampukah Frank Lampard membimbing mereka untuk naik ke Liga Perdana atau sebaliknya. Bimbang juga Derby ini akan menjadi ‘one season wonder.’
Rangers temui sentuhan
Minggu lalu, West Bromwich Albion membelasah Queens Park Rangers 7-1 di Hawthorns. Rangers menjadikan ia sebagai pengajaran dan mula bangkit.
Rangers mengutip 3 mata sulung bagi kempen musim ini. Mereka menewaskan Wigan semalam di laman sendiri.
Tomer Hemed menjaringkan satu-satunya gol Rangers semalam untuk menamatkan kemarau 4 perlawanan tanpa sebarang mata.
Berikut merupakan kedudukan terkini bagi EFL Championship musim ini setelah menghadapi 5 perlawanan.
Adakah akan ada mana-mana kelab akan kembali semula ke Liga Perdana?