Edisi Piala Dunia : 5 Fakta Menarik Yang Berlaku Di Piala Dunia 1934

Piala Dunia 1934 berlangsung di Itali pada 27 Mei hingga 10 Jun 1934.

Itali dipilih sebagai tuan rumah oleh FIFA dalam satu mesyuarat jawatankuasa eksekutif FIFA di Stockholm.

Pada Piala Dunia 1934 itu, Itali juga tampil cemerlang di laman sendiri selepas berjaya dinobatkan sebagai juara edisi kedua tersebut.

Terdapat 5 fakta menarik yang berlaku di Piala Dunia Itali 1934. Antaranya adalah:

1. Perlawanan kelayakan pertama untuk ke Piala Dunia 1934


Ketika edisi sulung pada Piala Dunia 1930 di Uruguay, semua pasukan yang bertanding dijemput oleh FIFA.

Bagi edisi ke-2 Piala Dunia ini pula, FIFA telah menambah baik sistem baru dimana negara yang mahu menyertai kejohanan Piala Dunia perlu mengharungi pusingan kelayakan terlebih dahulu.

Sejumlah 36 negara memohon untuk menyertai Piala Dunia dan FIFA telah mengatur sebuah pusingan kelayakan bagi mengurangkan pasukan kepada 16 pasukan sahaja yang akan bertanding dalam kejohanan ini.

36 pasukan telah dibahagikan kepada 12 kumpulan yang mewakili 4 benua, iaitu Eropah, Amerika Latin dan Afrika/Asia.

Berikut merupakan 16 pasukan yang berjaya layak ke Piala Dunia 1934:

Eropah – Itali, Perancis, Sepanyol, Austria, Hungary, Czechoslovakia, Jerman, Romania, Belgium, Sweden, Belanda  dan Switzerland.

Amerika Latin – Brazil (layak secara automatik), Amerika Syarikat dan Argentina (layak secara automatik).

Afrika/Asia – Mesir

2. Palestin tampil sebagai negara benua Asia pertama untuk kelayakan Piala Dunia


Bagi Piala Dunia 1934, Palestin hadir sebagai negara asia pertama yang mahu menyertai Piala Dunia.

Pasukan bola sepak Palestin terdiri daripada 9 orang pemain British, 6 orang pemain Yahudi dan seorang pemain Arab.

Namun, hasrat Palestin untuk layak ke perlawanan Piala Dunia di Itali tidak kesampaian selepas mereka tewas dalam perlawanan kumpulan 12 yang mewakili 3 pasukan dari Afrika/Asia iaitu Palestin, Mesir dan Turki.

Kumpulan 12 hanya menemukan pasukan Mesir dan Palestin selepas Turki menarik diri diminit-minit akhir.

Palestin tewas kedua-dua perlawana keatas Mesir dengan jumlah jaringan sebanyak 11-2.

3. Juara edisi pertama menarik diri di Piala Dunia 1934


Berstatus sebagai juara edisi pertama Piala Dunia, Uruguay pada awalnya diramal bakal menguasai dan mewarnai kejohanan edisi ke-2 yang berlangsung di Itali pada 1934.

Tetapi Uruguay telah mengejutkan banyak pihak dengan membuat keputusan untuk menarik diri dari kejohanan tersebut.

Federasi Bolasepak Uruguay (AUF) memboikot edisi Piala Dunia 1934 kerana ingin membalas dendam keatas pasukan-pasukan Eropah yang telah menolak untuk menyertai edisi Piala Dunia 1930 yang berlangsung di negara mereka.

Keputusan Uruguay telah memberi tamparan hebat buat FIFA yang ketika itu dalam proses untuk mahu menjadikan sukan bolasepak sebagai sukan perpaduan sedunia.

4. England memboikot Piala Dunia 1934


Di samping kontroversi Uruguay yang menarik diri dari saingan Piala Dunia 1934 di Itali, England turut mengadakan protes bantahan besar-besaran keatas kempen Piala Dunia di Eropah.

England yang sebelum ini tidak menyertai FIFA itu berpendapat bahawa kejohanan Piala Dunia di Itali ini akan mengugat acara kejohanan yang diadakan mereka sebelum ini.

Kejuaraan Championship yang melibatkan empat buah negara, iaitu England, Wales, Scotland dan Ireland dikatakan akan tergugat jika kejohanan Piala Dunia 1934 diadakan di Itali.

Ahli jawatankuasa Bolasepak England, Charles Sutcliffe menyifatkan bahawa, kejohanan Championship yang mereka adakan lebih baik berbanding acara besar yang diadakan di Itali.

5. Luis Monti lakar sejarah peribadi

Italian national soccer team players pose for a group picture, 10 June 1934 in Rome, before their World Cup final against Czechoslovakia. Italy won the title beating Czechoslovakia 2-1 in extra time. (From 2nd L : Luis Monti, and from 4th L : Angelo Schiavio, Raimundo Orsi, Giovanni Ferrari, Enrique Guaita, Giuseppe Meazza – with flag -, Giamperro Combi, Attilio Ferraris IV, Luigi Allemandi, Luigi Bertolini) (Photo credit should read STAFF/AFP/Getty Images)

Nama Luis Monti bukanlah satu nama yang asing dalam sejarah Piala Dunia.

Dalam edisi Piala Dunia 1930, Luis Monti mewakili Argentina dan membantu negara itu layak ke perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Estadio Centenario, Montevideo.

Monti mempunyai darah keturunan Itali. Pada 1931, Monti berhijrah ke Itali untuk menyertai kelab Juventus.

Selama setahun di Itali, Luis Monti telah membuat keputusan untuk menukar taraf kewarganegaraan Itali.

Sebelum bermulannya saingan Piala Dunia 1934 di Itali, Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) telah menjemput Luis Monti untuk menyertai skuad kebangsaan mereka.

Ternyata keputusan Monti untuk menyertai Itali dalam edisi ke-2 Piala Dunia telah banyak memberi kesan buat Itali.

Monti berjaya membantu Itali merangkul trofi piala dunia yang pertama buat negara tersebut dan juga trofi pertama dalam karier kebangsaannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN