Edin Dzeko: Lain Kali Saya Akan Bagi Pemain Lain Mengambil Penalti

Edin Dzeko berkata beliau selepas ini akan memberikan tugasan mengambil penalti kepada pemain lain. Ianya selepas Dzeko gagal menyempurnakan penalti ketika berhadapan dengan Crotone.

Ini merupakan kali kedua dalam 5 perlawanan Dzeko gagal menyempurnakan penalti. Sebelum ini adalah ketika menentang Udinese.

Dalam perlawanan menentang Crotone, AS Roma menang 0-2 di gelanggang lawan. Gol-gol AS Roma adalah menerusi Radja Nainggolan pada minit ke-40.

Gol kedua pula menerusi Edin Dzeko pada minit ke-70. Beliau menebus kegagalan penalti beliau sebelum ini. Dzeko menyempurnakan hantaran cantik daripada Mohamed Salah.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan ini, Dzeko berkata:

“Saya akan menyerahkan tugasan penalti kepada orang lain selepas ini.”

“Namun paling penting, akhirnya saya berjaya menjaringkan gol. Sesiapa sahaja boleh gagal menyempurnakan penalti. Ia telah pun terjadi.”

Dzeko sangat prolifik musim ini bersama-sama Roma. Beliau sudah pun menjaringkan 18 gol dalam kempen musim ini.

Kemenangan kali ini membolehkan Roma kembali berada di tangga ke-2 Serie A memintas pasukan Napoli.

Roma dan Napoli masih kekal pesaing kepada Juventus untuk kejuaraan Serie A musim ini.

Crotone pula, pasukan yang baru dipromosi dari Serie B musim ini. Mereka masih gagal keluar dari zon penyingkiran sejak hari pertama saingan liga musim ini.

Roma akan bertandang ke Sepanyol selepas ini untuk menentang Sevilla dalam perlawanan pusingan 32 pasukan terakhir Europa League.

Baca juga: Luis Figo Tinggalkan Barcelona Kerana Kurang Dihargai Di Camp Nou

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN