Ederson Ambil Penalti Untuk Jaringkan Gol? Guardiola Anggap Itu Biadap

Sebelum ini Ederson pernah menyatakan yang beliau teringin mahu berada dalam senarai penjaring gol. Dan berkata beliau mahu mengambil penalti ketika menentang Swansea tempoh hari.

Penalti tersebut diambil Gabriel Jesus namun gagal disempurnakan. Ederson menyatakan beliau berharap Manchester City akan dapat penalti sekali lagi dalam perlawanan liga kali ini dan mahu meminta untuk mengambilnya.

Namun kenyataan itu terus disanggah Pep Guardiola. Beliau tidak akan membenarkan Ederson mengambil penalti hanya kerana mahu pemain itu berada dalam senarai penjaring gol selagi-lagi petugas penalti mereka ada dalam padang.

Manchester City sudah ada senarai pengambil sepakan penalti dalam ‘team order’ mereka. Selag-lagi senarai pemain pertama, kedua, ketiga dan sebagainya ada dalam pasukan, tiada alasan mereka mahu menggunakan Ederson.

Ederson, Penjaga gol Man City. Foto: SkySports.

Ianya adalah tindakan yang tidak menghormati lawan dan biadap untuk mengarahkan penjaga gol mengambil sepakan penalti.

Bagi Guardiola, setiap lawan harus dihormati dan bukannya melayan mereka dengan rasa ego. Guardiola berkata:

“Tak, itu tak akan berlaku. Sebab dia adalah penjaga gol dan kami ada beberapa pemain yang boleh mengambil penalti.”

“Hormati lawan kita, hormati pertandingan yang kita sertai. Dia boleh ambil penalti dalam perlawanan pra-musim ataupun penentuan sepakan penalti (shootout) dalam perlawanan kompetitif tetapi bukan untuk perlawanan penuh.”

Manchester City akan berhadapan dengan West Ham pada Ahad ini. Mereka sudah pun sah bergelar juara. Mereka kini dalam misi memecahkan rekod 103 gol oleh Chelsea pada 2009/10 serta dalam landasan untuk menjadi pasukan EPL pertama mengutip 100 mata semusim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN