Eden Hazard Sanjung Zinedine Zidane, Tidak Tolak Kembali Sertai Jose Mourinho

Ketika diwawancara oleh sebuah media di Belgium, Eden Hazard telah menyatakan kekaguman beliau terhadap pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan turut tidak menolak kemungkinan untuk kembali di bawah bimbingan Jose Mourinho pada masa hadapan .

Hazard dipetik sebagai berkata sedemikian kepada RTL.be, namun menegaskan dirinya kini gembira berada di Stamford Bridge di bawah kendalian Antonio Conte.

(Photo by William Van Hecke/Corbis via Getty Images)

Zidane sering memuji keupayaan Hazard sepanjang karier pemain antarabangsa Belgium itu. Perancang tengah Chelsea itu turut menjadikan Zidane sebagai idolanya ketika bakatnya mulai berkembang di ketika remaja.

Sejak dilantik sebagai pengendali Los Blancos pada Januari 2016, Zidane telah berjaya membantu Real Madrid menjuarai 2 UEFA Champions League (UCL) secara berturut-turut serta menjuarai saingan La Liga pada musim lalu.

Untuk itu, Hazard tidak menyembunyikan keinginannya beraksi di bawah legenda dan bekas kapten Perancis itu satu hari nanti.

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Hazard dipetik sebagai berkata:

“Semua orang tahu bagaimana rasa kagum dan hormat yang ada pada saya terhadap lelaki ini. Dahulunya beliau dikagumi sebagai pemain. Kini beliau dikagumi sebagai seorang jurulatih. Pada saya, beliau adalah idola”

“Sudah tentu saya tidak tahu apa akan berlaku kepada karier saya pada masa hadapan. Tetapi untuk beraksi di bawah kendalian Zidane, ia akan sentiasa menjadi impian saya.”

“Pada masa sekarang, saya sangat gembira di Chelsea. Saya masih ada banyak perkara untuk dilakukan di Chelsea. Oleh itu, fokus saya sekarang ialah untuk Chelsea.”

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Kontrak Hazard di Chelsea akan berakhir pada 2020. Sehingga kini beliau telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2014-15 di bawah kendalian Jose Mourinho, sebelum mengulanginya pada musim lalu bersama Antonio Conte.

Terdapat laporan mengatakan Mourinho dan Hazard tidak mempunyai hubungan yang baik ketika kedua-duanya berada di kelab London tersebut.

“Saya tidak kisah untuk beraksi di bawah kendalian Mourinho,” ujar Hazard ketika ditanya mengenai kemungkinan kedua-duanya kembali bersama di masa hadapan.

(Photo by Scott Heavey/Getty Images)

Selain daripada 2 kejuaraan EPM, Hazard turut menjuarai UEFA Europa League (UEL) bersama Chelsea pada musim 2012-13. Di peringkat antarabangsa, Hazard adalah kapten Belgium dan dijangka akan terus memakai lilitan kapten di Piala Dunia pada tahun hadapan.

Namun Hazard menyatakan perkara terbaik yang pernah berlaku di dalam karier bola sepak beliau ialah pada 6 tahun lalu. Ketika itu Hazard masih beraksi bersama Lille di Ligue 1 bersama-sama dengan pemain seperti Yohan Cabaye, Mathieu Debuchy, Adil Rami dan juga Gervinho.

(Photo credit should read BERTRAND LANGLOIS/AFP/Getty Images)

Lille di bawah kendalian Rudi Garcia pada ketika itu memenangi kejuaraan berganda. Lille berjaya menjuarai Ligue 1 dan juga Coupe de France pada musim 2010-11 tersebut.

Hazard yang beraksi selama 7 musim bersama kelab Ligue 1 tersebut berkata:

“Kejuaraan berganda yang dimenangi pada 2011 tersebut adalah perkara yang tidak boleh saya lupakan sepanjang karier saya. Hakikatnya, tidak ada sesiapa menjangkakan kami mampu melakukannya,” jelas Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN