Nelo Vingada: “Kami Akan Tewaskan Korea Utara”

Ketua jurulatih negara Nelo Vingada yakin bahawa skuad Harimau Malaya kendaliannya akan menamatkan kemarau kemenangan dengan menewaskan Korea Utara di pusingan kelayakkan Piala Asia 2019 malam esok.

Malaysia belum mencatat sebarang kemenangan dalam 8 perlawanan antarabangsa, termasuk 5 perlawanan ketika di bawah kendalian Vingada.

Kemenangan terakhir skuad kebangsaan kali terakhir mencatat kemenangan di kejohanan Piala AFF pada tahun lalu, apabila menundukkan Kemboja dengan jaringan 3-2.

Kali terakhir skuad negara tidak mencatat kemenangan sebanyak 8 perlawanan ialah sekitar 2013-2014, turut menyaksikan K.Rajagobal meninggalkan jawatan ketua jurulatih skuad negara.

Malaysia kini berada di kedudukan tercorot Kumpulan B dan hanya mengutip 1 mata selepas mengharungi 3 perlawanan di dalam Kumpulan B.

Malaysia memerlukan kemenangan menentang Korea Utara pada perlawanan yang dijadualkan pada malam esok di Stadium I-Mobile, Buriram dan menundukkan lawan yang sama 3 hari kemudian untuk sebarang peluang ke UAE pada awal Januari 2019.

Foto: Mohd Azren Jamaludin

Dalam sidang media menjelang perlawanan pada malam esok, Vingada menegaskan pasukannya tidak akan terasa kehilangan kapten pasukan dan watak kontroversi, Safiq Rahim.

“Walaupun ini merupakan perlawanan ke-4 peringkat kumpulan, kami masih mempunyai peluang untuk berjuang dan menamatkan saingan di belakang Lebanon yang semakin hampir melayakkan diri untuk slot automatik.”

“Barisan pemain saya sudah bersedia. Saya sudah melakukan sedaya upaya saya untuk menyiapkan pasukan. Kini terpulang kepada pemain untuk memperjuangkan 3 mata.”

“Pemain perlu mengikuti arahan dan bermain dengan sabar esok. Saya mempunyai lebih banyak pilihan kerana mempunyai lebih ramai pemain daripada JDT di dalam pasukan.”

Safiq Rahim meninggalkan beban kepada rakan sepasukan selepas dilayangkan kad merah. Foto: Asiana.my

Namun demikian, Vingada enggan mendedahkan siapakah pemain yang akan mengambil alih peranan kapten untuk perlawanan pada malam esok.

“Saya tidak boleh dedahkan sekarang. Buat masa ini saya mempunyai 3 calon pilihan.”

Perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia sepatutnya berlangsung pada March dan Oktober lalu, namun telah ditangguhkan beberapa kali kerana ketegangan politik dan isu keselamatan.

Kem Korea Utara turut yakin dengan pasukannya dan ketua jurulatih, Jorn Andersen berkata bahawa beliau telah mengkaji segala kelemahan dan kekuatan pasukan negara.

(Photo by Power Sport Images/Getty Images)

Jorn Andersen dipetik sebagai berkata:

“Ini adalah kali ketiga kami membuat persiapan untuk perlawanan pusingan pertama bertemu Malaysia. Kami telah mengkaji permainan mereka secara teliti dan telah bersedia untuk beraksi sejak Mac, dan kemudian Oktober sebelum ia ditangguhkan sekali lagi.

“Pada pendapat saya ia adalah perkara baik untuk berhadapan dengan Malaysia kerana mereka hadir tanpa 2 pemain penting, iaitu kapten pasukan Safiq Rahim dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Radzak.”

“Cuaca di Thailand hampir sama seperti di Malaysia. Maka saya berpendapat pasukan kendalian Vingada akan lebih cepat menyesuaikan diri.”

Perlawanan di antara kedua-dua negara dijangka akan bermula jam 9:00pm esok waktu tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN