Eden Hazard Semakin Hampir Sertai Real Madrid Musim Depan

Bintang Belgium, Eden Hazard semakin hampir menjadi milik kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid bersama Rodrygo Goes dan Eder Militao pada musim depan.

Menurut sumber daripada media eropah, persetujuan tiga pihak terbabit akan diadakan secara rasmi dalam masa beberapa hari lagi.

Hazard juga sebelum ini sudah beberapa kali memberikan komen terbuka beliau tentang Real Madrid dan Zinedine Zidane.

Bercakap kepada RMC, Eden Hazard berkata: “Saya bukan pemain Real Madrid tetapi sebagai seorang peminat zinadine Zidane, saya gembira beliau kembali semula sebagai pengurus pasukan tersebut. Ianya bagus untuk penyokong Real Madrid,”

Namun Eden Hazard enggan memberikan komen lebih lanjut tentang masa hadapan beliau dengan Chelsea ataupun minat beliau ke Real Madrid.

“Satu perkara yang saya tidak suka untuk bincangkan ketika ini adalah masa hadapan saya dengan kelab.”

Hazard memulakan karier bersama kelab Perancis, Lille sebelum beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaik musimnya bersama Chelsea berakhir, Hazard dijangka akan berhijrah ke Los Blancos manakala perancang Borussia Dortmund, Christian Pulisic akan mengambil alih tempatnya di Stamford Bridge.

Pada masa sama, Chelsea sudah mengemukakan rayuan terhadap pengharaman perpindahan pemain dengan meminta ia ditangguhkan sehingga jendela perpindahan berikutnya.

Langkah itu bertujuan bagi membolehkan mereka mendapat sedikit ruang untuk menguruskan rundingan pemain. Hazard juga telah menolak tiga kontrak baru yang ditawarkan kelab England itu dan dilihat sentiasa mahu beraksi bersama Real Madrid.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea Maurizio Sarri menegaskan mereka sedang berusaha meyakinkan Eden Hazard untuk terus kekal. Dan beliau juga menyatakan jika Hazard memilih untuk pergi ke kelab lain, mereka terpaksa menghormatinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN