Eden Hazard Kenang Kembali Kenangan Indah Bersama The Blues

Hazard

Menjuarai trofi Liga Europa, Liga Perdana Inggeris(EPL), Piala Carabao, Piala FA dan pernah dinobatkan sebagai Pemain Tahunan Terbaik 2014-15 (PFA Players’ Player of the Year), merupakan pencapaian paling indah yang tidak akan pernah dilupakan Eden Hazard sepanjang kariernya.

Kenangan itu meninggalkan nostalgia buat Hazad sejak beliau menyertai Chelsea pada tahun 2012.

Musim istimewa

Hazard berkongsi pengalaman indahnya sejak menjejak kaki di Stamford Bridge. Pemain kebangsaan Belgium itu tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam bola sepak Inggeris.

Beliau dengan cemerlang berjaya membuktikan kemampuan di musim pertamanya beraksi bersama Chelsea. Setakat ini, Hazard telah berjaya menghadiahkan lima trofi untuk The Blues; 2 Premier League, 1 FA Cup, 1 Piala Liga, dan 1 Liga Europa.

Namun menurutnya, musim 2014/15 merupakan musim paling terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain di Chelsea.

Chelsea’s Eden Hazard holds the Barclays Premier League trophy (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Saya menjuarai trofi Premier League yang pertama dengan Chelsea pada musim 2014/15, dan saya turut dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA dan FWA Footballer of the Year. Itu musim yang sempurna, dengan trofi kejuaraan dan anugerah peribadi,” kata Hazard menerusi Chelsea.com

“Itu musim yang istimewa. Didier Drogba kembali ke Chelsea untuk membantu kami, kami berjaya memenangi banyak perlawanan, kami menjuarai Piala Liga, dan kami mencetak banyak gol. Kami sangat gembira dengan permainan kami dan kerana itulah kami boleh bergelar sebagai juara.”

Kejayaan diulangi

Setelah mengharungi musim 2014/15 dengan gemilang, Hazard sekali lagi berjaya meraih gelaran juara liga setahun selepas itu (2016/17).

Hazard turut mengakui musim tersebut juga merupakan musim terbaik buat dirinya dan Chelsea.

LONDON, ENGLAND – MAY 21: (L-R) Cesar Azpilicueta of Chelsea, Marcos Alonso of Chelsea, Eden Hazard of Chelsea, Michy Batshuayi of Chelsea pose with the Premier League Trophy after the Premier League match between Chelsea and Sunderland at Stamford Bridge on May 21, 2017 in London, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Dibawah kendalian Antonio Conte, The Blues berjaya bangkit dari kekecewaan di awal permulaan liga sehingga berjaya mengakhirinya dengan bergelar juara.

“Kami menjadi juara lagi pada 2016/17. Perasaannya sama, tetapi cara kami menjadi juara itu amat menakjubkan, sebab di awal musim kami berdepan pelbagai masalah. Kami kalah keatas Arsenal dan Liverpool, lalu kami mengubah sistem seluruhnya.”

“Kami mengharungi jalur kemenangan yang luar biasa dan di akhir musim anda (peminat) gembira melihat keputusan tersebut. Bagi Antonio Conte, meraih gelaran juara di musim pertamanya amat istimewa,” ujar Hazard.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN