Eden Hazard Gembira Zinedine Zidane Kembali Bimbing Real Madrid

Eden Hazard terus mengusik hati dan nurani penyokong Real Madrid. Terbaru, beliau menyatakan beliau gembira dengan kepulangan semula Zidane ke Los Blancos.

Zizou dan Real Madrid menjadikan Eden Hazard sebagai salah seorang sasaran utama mereka pada jendela perpindahan akan datang.

Sebelum ini Eden Hazard juga sudah beberapa kali memberikan komen terbuka beliau tentang Real Madrid dan Zinedine Zidane.

Bercakap kepada RMC, Eden Hazard berkata: “Saya bukan pemain Real Madrid tetapi sebagai seorang peminat zinadine Zidane, saya gembira beliau kembali semula sebagai pengurus pasukan tersebut.”

“Ianya bagus Untuk Real Madrid. Dan ianya untuk penyokong Real Madrid.

Namun Eden Hazard enggan memberikan komen lebih lanjut tentang masa hadapan beliau dengan Chelsea ataupun minat beliau ke Real Madrid.

“Satu perkara yang saya tidak suka untuk bincangkan ketika ini adalah masa hadapan saya dengan kelab.”

“Terlalu banyak khabar angin di kanan dan kiri. Saya masih ada sebulan lagi musim ini untuk Chelsea. Pastinya indah jika berjaya membantu pasukan ini juara UEL dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah.”

“Kami akan memberikan aksi terbaik kami dan kita lihat apa yang akan berlaku pada akhir musim ini.”

Maurizio Sarri menegaskan Chelsea sedang berusaha meyakinkan Eden Hazard untuk terus kekal. Dan beliau juga menyatakan jika Hazard memilih untuk pergi ke kelab lain, mereka terpaksa menghormatinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN