Eden Hazard Gembira Dapat Bantu Perkembangan Prestasi Hudson-Odoi

Odoi

Eden Hazard menguji kemampuan yang ditunjukkan Callum Hudson-Odoi dan jelas gembira kerana dapat membantu pemain muda tersebut meningkatkan prestasinya.

Bintang kelahiran Belgium itu juga secara berseloroh mengatakan dirinya lebih baik berbanding Hudson-Odoi ketika beliau berusia 18 tahun.

Sama seperti Odoi, Hazard juga memulakan karier profesionalnya pada usia 17 tahun dan pantas menjadi tumpuan sebagai antara pemain muda berpotensi di dunia.

”Saya lebih baik rasanya!” seloroh Hazard.

”Saya tidak perlu untuk mengatakan. Sekiranya dia (Callum Hudson-Odoi) mahu bertanyakan sesuatu, saya akan menceritakannya, tiada masalah tetapi dia sudah menjadi pemain yang hebat. Saya tidak terkejut.”

Hazard turut menjelaskan pemain berusia 18 tahun itu sudah mula membuktikan kredibilitinya sejak hari pertama berlatih bersama skuad utama Chelsea.

”Sejak hari pertama dia bersama kami, dia mempunyai kemahiran yang hebat. Jika dia mahukan nasihat, saya boleh memberikan tunjuk ajar.”

LONDON, ENGLAND – APRIL 03: Olivier Giroud of Chelsea celebrates after scoring his team’s first goal with Callum Hudson-Odoi of Chelsea during the Premier League match between Chelsea FC and Brighton & Hove Albion at Stamford Bridge on April 03, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Justin Setterfield/Getty Images)

”Tetapi, saya tahu dia sudah mempunyai segalanya. Saya fikir dia sedang menanti untuk memulakan perlawanan di Liga Perdana Inggeris tetapi dia sudah bersedia.”

”Anda boleh melihat bagaimana cara dia mengambil bola. Dia bermain dengan cukup bersedia.”

”Dia masih muda dan boleh terus memperbaiki prestasi, sudah tentu tetapi dia sudah pun bersedia dengan cukup bagus. Saya merasakan dia gembira untuk beraksi hari ini.”

”Anda tahu bahawa apabila anda masih muda, anda hanya perlu bermain dan kadangkala anda mencuba dan terlepas tetapi perkara yang baik adalah untuk memberikan kesegaran dalam pasukan.

”Saya rasa Callum (Hudson-Odoi) boleh beraksi tiga perlawanan. Dia boleh berlari, dia mampu untuk beraksi pada 90 minit perlawanan. Pada usia 28 tahun (usia Hazard) kami akan sedikit penat pada penghujungnya tetapi saya merasakan dia masih muda.”

”Seperti saya katakan, dia masih boleh meningkatkan prestasi, dia berada dalam pasukan yang baik untuk belajar dan kami gembira kerana dapat membantunya.”

Pada perlawanan bertemu Brighton & Hove Albion pagi semalam, Hudson-Odoi berpeluang beraksi sepenuh masa dan turut berjaya mencipta bantuan jaringan terhadap gol pertama dihasilkan Olivier Giroud.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN